بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Assalamualaikum wbt.

 Pertama-tamanya marilah bersama-sama kita limpahkan kesyukuran atas nikmat iman dan Islam yang dikurniakan dalam kehidupan kita, tidak lupa nikmat kesihatan dan masa lapang yang sering dilupakan oleh manusia.

 Kini kita juga telah menghampiri penghujung semester pertama dalam sesi akademik 2017/2018 yang bermula sekitar bulan September yang lalu. Ramai yang berada di Mesir sahaja namun tidak kurang juga yang bercuti di tanah air dan negara-negara lain. Semoga semua ahli dapat merncang aktiviti-aktiviti yang berfaedah bagi mengisi masa lapang pada cuti musim sejuk kali ini.

 Oleh hal yang demikian, kami di pihak Jabatan Setiausaha PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2017/2018 ingin menjalankan bancian keberadaan mahasiswa/mahasiswi Iskandariah sepanjang cuti musim sejuk ini. Bancian ini sangat penting untuk memudahkan pihak atasan menghubungi ahli jika berlaku hal-hal kecemasan sepanjang musim percutian.

 Bancian ini akan digerakkan oleh setiausaha batch bagi memudahkan dan melicinkan urusan bancian melalui pautan yang telah diberikan kepada setiausaha batch masing-masing.

 Kami berharap agar semua pihak dapat memberi kerjasama yang baik demi kebaikan dan keselamatan semua. Akhir kata, kami mengucapkan selamat maju jaya dan semoga dikurniakan kemudahan dan keberkatan dalam peperiksaan akhir semester ini.

 Siiru ‘ala barakatillah

Sekian, terima kasih jazakumullahu khairan kathiran.

 

“Profesional, Berintegriti, Bersistematik”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

 

“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”

#PERUBATANKelasPertama

 

Yang menjalankan tugas,

 

 

 

 

 

 

 

Amir Amrullah bin Ali,

Ketua Jabatan Setiausaha,

PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2017/2018.

 

 

 

 

 

 

 

 

Amyrah Aina binti Mohd Zamri,

Timbalan Ketua Jabatan Setiausaha,

PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2017/2018.

 

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :