بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam kerana dengan rahmat dan kasih sayang-Nya, kita masih lagi merasai nikmat hidup sebagai hamba-Nya. Selawat dan salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad SAW yang telah menyampaikan risalah Islam dan kita sehingga kini masih tergolong dalam kalangan umatnya.

Pada 17hb November 2017 yang lalu, telah diumumkan 4 orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) kekal bagi sesi 2018/2019. Namun, atas beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan, salah seorang daripada AJKT kekal yang diumumkan tersebut tidak dapat meneruskan perkhidmatan sebagai AJKTpada sesi akan datang. Maka, kesemua AJKT sesi 2017/2018 telah bermesyuarat dan berbincang semula bagi memilih semula seorang daripada AJKT untuk dipilih sebagai AJKT kekal.

Berdasarkan petikan Perlembagaan PERUBATAN Fasal 28, Perkara 1 (d) yang menyatakan ;

  1. d) Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan perlu bermesyuarat pada akhir sesi pentadbiran untuk menetapkan 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lelaki dan 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) wanita untuk dikekalkan sebagai Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan sesi seterusnya.

Dengan ini, setelah disepakati sebulat suara oleh seluruh AJKT PERUBATAN Cawangan Iskandariah sesi 2017/2018, AJKT yang dikekalkan sebagai AJKT PCI sesi 2018/2019 ialah saudari NORHANANI HAZIRAH BINTI MOHD ZAID menggantikan saudari NUR ALIA BINTI IDRIS.

Sehubungan dengan itu, AJKT yang terpilih ini berserta 3 orang AJKT yang telah dikekalkan sebelum ini tidak dibenarkan untuk dicalonkan bagi bertanding dalam pilihan raya berdasarkan petikan Perlembagaan PERUBATAN Fasal 27, Perkara 2 (b) yang menyatakan ;

  1. b) Berdasarkan Fasal 28 Perkara 1 (d), seramai 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan lelaki dan 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan wanita yang telah dikekalkan untuk sesi pentadbiran seterusnya, adalah secara automatik terkeluar daripada proses pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan. 

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada 4 orang AJKT yang telah dikekalkan dan diharapkan agar dengan ketetapan ini barisan kepimpinan PERUBATAN Cawangan Iskandariah akan lebih maju dan konsisten dalam gerak kerja pada sesi akan datang in sha Allah.

Kami juga ingin menyeru agar seluruh ahli PERUBATAN Cawangan Iskandariah sama-sama mengambil cakna akan pilihanraya cawangan pada kali ini kerana sesungguhnya adalah menjadi kewajipan kita sebagai ahli untuk memilih pemimpin yang selayaknya selari dengan firman Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud ;-

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (QS. al-Nisa’ ayat 58).

Sekian, terima kasih.

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

 

 

 

 

 

Luqman bin Sufian,

Pengerusi,

PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2017/2018.

 

Farah Yasmin binti Zaini,

Timbalan Pengerusi,

PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2017/2018.

 

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :