بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

إن الحمد لله، نحمدُه ونستغفره ونستعينه ونستهديه ونعوذُ بالله من شرورِ أنفسنا ومن سيئاتِ أعمالنا، من يهْدِ اللهُ فلا مضِلَّ له ومن يضلل فلا هادي له. وأشهد أنْ لا إله إلا اللهُ وحده لا شريك له وأشهد أنَّ محمداً عبدُه ورسولُه، بعثه اللهُ رحمةً للعالمين هادياً ومبشراً ونذير

 

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga baginda serta para sahabat dan semoga rahmat Allah dilimpahi ke atas sekalian umat Islam di seluruh dunia.

Menjadi satu sunnah alam yang diaturkan oleh Allah s.w.t, setiap yang bermula pasti akan berakhir. Maka begitu juga dengan sesi pentadbiran PERUBATAN Cawangan Iskandariah yang sedang menuju ke fasa-fasa terakhir ketika ini. Maka dengan sebab itu, Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan Iskandariah telah diamanahkan untuk melantik Ahli Jawatankuasa Pilihan Raya Cawangan (JPC) untuk mengendalikan pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan Iskandariah bagi sesi 2018/2019 bertepatan dengan tugas penasihat seperti yang termaktub dalam Perlembagaan PERUBATAN merujuk pada Perkara 5 (b), Fasal 30, Bab Keempat, telah memperuntukkan bahawa; “Melantik Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) untuk pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan.”

 

Maka dengan itu, setelah melalui perbincangan yang telah dibuat, maka pihak Lembaga Penasihat PCI dengan sebulat suara telah bersetuju untuk melantik saudara Muhammad Haqiq bin Zakaria, mahasiswa Perubatan tahun 6 selaku Pengarah JPC 2017 dan saudari Nur Aina Izzati binti Zakariah, mahasiswi Perubatan tahun 5 selaku Timbalan Pengarah JPC 2017.

 

Pada pemilihan AJKT bagi sesi 2018/2019, bilangan kerusi AJKT (tidak termasuk kerusi Pengerusi/Timbalan Pengerusi dan Majlis Tertinggi PERUBATAN) yang akan dipertandingkan adalah hanya sebanyak 6 kerusi berbanding 8 kerusi pada sesi-sesi yang lepas. Perbincangan berkenaan dengan pengurangan bilangan kerusi AJKT ini telah diadakan sesama penasihat-penasihat PCI dengan merujuk kepada Lembaga Penasihat PERUBATAN (LPP). Pengurangan 2 kerusi AJKT pada kali ini adalah berikutan dengan kekurangan bilangan ahli di cawangan dan  pengurangan bilangan kerusi ini diharapkan akan mengoptimumkan pergerakan diperingkat unit biro dan unit khas di bawah PCI.

 

Selamat menjalankan tugas diucapkan kepada ahli jawatankuasa yang dilantik dan semoga perjalanan pilihanraya cawangan pada kali ini berjalan dengan lancar dan semoga kepimpinan PCI yang akan terpilih kelak akan dapat menggalas amanah yang diberikan dengan sebaiknya

 

Siiru ala barakatillah.

 

“At- Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

 

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati

 

 

 

 

 

 

 

 

Khairul Anwar Bin Bahrim,

Ketua Lembaga Penasihat,

PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2017/2018.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :