بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam kerana dengan rahmat dan kasih sayang-Nya, kita masih lagi merasai nikmat hidup sebagai hamba-Nya. Selawat dan salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad SAW yang telah menyampaikan risalah Islam dan kita sehingga kini masih tergolong dalam kalangan umatnya.

 

Kepimpinan PERUBATAN Cawangan Iskandariah bagi sesi 2017/2018 hampir menamatkan sesi pentadbiran yang telah pun menjangkau hampir 9 bulan sejak Februari 2017 yang lalu. Dengan tertubuhnya Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) Iskandariah 2017 maka menandakan bermulanya pemilihan bagi Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) bagi sesi 2018/2019.

Berdasarkan petikan Perlembagaan PERUBATAN Fasal 28, Perkara 1 (d) yang menyatakan ;

  1. d) Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan perlu bermesyuarat pada akhir sesi pentadbiran untuk menetapkan 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lelaki dan 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) wanita untuk dikekalkansebagai Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan sesi seterusnya.

Dengan ini, setelah disepakati sebulat suara oleh seluruh AJKT PERUBATAN Cawangan Iskandariah sesi 2017/2018, dua orang AJKT lelaki yang dikekalkan ke sesi seterusnya ialah ;

 MUHAMMAD UMMAR UTHMAN BIN MOHD NAZRI

 SYED AHMAD AKRAM BIN HABIT MUSTAFA



Manakala dua orang AJKT wanita yang dikekalkan ialah ;

HANNA AQILA BINTI AHMAD BAQIR

NUR ALIA BINTI IDRIS

Sehubungan dengan itu, 4 orang AJKT yang dikekalkan ini tidak dibenarkan untuk dicalonkan bagi bertanding dalam pilihanraya berdasarkan petikan Perlembagaan PERUBATAN Fasal 27, Perkara 2 (b) yang menyatakan ;

  1. b) Berdasarkan Fasal 28 Perkara 1 (d), seramai 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan lelaki dan 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan wanita yang telah dikekalkan untuk sesi pentadbiran seterusnya, adalah secara automatik terkeluar daripada proses pemilihanAhli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan.

Tahniah diucapkan kepada 4 orang AJKT yang telah dikekalkan dan diharapkan agar dengan ketetapan ini barisan kepimpinan PERUBATAN Cawangan Iskandariah akan lebih maju dan konsisten dalam gerak kerja pada sesi akan datang in sha Allah.

Kami juga ingin menyeru agar seluruh ahli PERUBATAN Cawangan Iskandariah sama-sama mengambil cakna akan pilihanraya cawangan pada kali ini kerana sesungguhnya adalah menjadi kewajipan kita sebagai ahli untuk memilih pemimpin yang selayaknya selari dengan firman Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud ;-

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (QS. al-Nisa’ ayat 58).

Sekian, terima kasih.

 

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

 

 

 

 

 

 

Luqman Bin Sufian,

Pengerusi,

PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2017/2018.

 

 

Farah Yasmin Binti Zaini,

Timbalan Pengerusi,

PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2017/2018.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :