بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

Assalamualaikum WBT.

 

Alhamdulillah sama-sama kita rafakkan kesyukuran ke hadrat Ilahi atas segala nikmat kita kecapi sehingga hari ini, terutamanya dua nikmat yang terbesar yang kita ungkapkan iaitu nikmat Iman dan Islam. Selawat dan salam juga buat junjungan baginda Nabi Muhammad SAW serta isteri-isteri dan para sahabat baginda.

 

Kita dapat menyusuri sejarah di mana, Saidina Abu Bakar dalam kalamnya setelah menjadi khalifah ada menyebut, “Wahai umat manusia! Sesungguhnya aku telah dilantik dalam kalangan kamu sedangkan aku bukanlah orang yang terbaik. Maka jika aku melakukan kebaikan maka bantulah aku tetapi sekiranya aku terpesong maka betulkanlah aku. Benar itu adalah amanah dan dusta itu adalah khianat. Orang yang lemah dalam kalangan kamu merupakan orang yang kuat di sisiku sehingga aku akan menunaikan kemahuannya serta memberikan haknya semula. Manakala orang yang kuat dalam kalangan kamu merupakan orang lemah di sisiku sehingga aku akan mengambil kembali hak yang telah dirampas. Oleh itu taatilah aku selagimana aku mentaati Allah dan rasul-Nya dan jika aku mengingkari Allah dan rasul-Nya maka janganlah kamu mentaatiku.”

 

Pejam celik kini sudah melebihi separuh penggal pimpinan PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2017/2018 berkhidmat. Banyak program dan gerak kerja yang telah dilaksanakan sepanjang separuh penggal yang lalu.

 

Namun begitu, ruang untuk penambahbaikan masih lagi dibuka seluas-luasnya. Maka, selari dengan pembawaan Pengerusi PCI sesi 2017/2018 Saudara Luqman bin Sufian, kami di peringkat Naib Pengerusi dan panel R&D akan menjalankan Muhasabah Separuh Penggal PERUBATAN Cawangan Iskandariah (MSP PCI) bermula dari 12-19 Oktober 2017.

 

Unit Research and Development (R&D) membahagikan gerak kerja PERUBATAN Cawangan

Iskandariah kepada 3 elemen utama:

  1. Pembawaan
  2. Jabatan, Biro dan Unit Khas
  3. Program

 

Oleh yang demikian, prestasi gerak kerja PERUBATAN Cawangan Iskandariah akan dinilai

berdasarkan 3 aspek utama ini.

Antara metod yang digunakan bagi mengukur prestasi gerak

kerja pada sesi ini ialah:

  1. Evaluasi Pembawaan oleh Majlis Tertinggi PERUBATAN Cawangan Iskandariah serta

AJKT setiap 4 bulan bagi mengetahui tahap pelaksanaan pembawaan sepanjang sesi

pentadbiran.

  1. Evaluasi Kertas Kerja Dasar Jabatan, Biro dan Unit Khas oleh AJKT dan Pengarah Unit

Khas setiap 4 bulan bagi mengetahui pencapaian Key Performance Indicator (KPI).

  1. Maklumbalas dari ahli PERUBATAN Cawangan Iskandariah bagi mendapatkan

prestasi umum pembawaan, jabatan/biro dan program.

  1. Evaluasi program melalui Penilaian Prestasi Program oleh Ex-Officio Program bagi

mengetahui prestasi program mega yang dijalankan sepanjang sesi pentadbiran.

  1. Pelaksanaan cadangan dan pengurangan pengulangan muhasabah yang disampaikan

oleh ahli sama ada di dalam Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC), Alexandria Complaint

Centre (ACC) ataupun maklumbalas yang dijalankan dari semasa ke semasa.

 

Justeru, besarlah harapan kami andainya seluruh ahli PCI di setiap peringkat turut serta dalam menjayakan MSP PCI pada kali ini bagi mempertingkatkan lagi mutu gerak kerja PCI agar terus dapat berkhidmat kepada komuniti kita di bumi Iskandariah ini. Kerjasama anda untuk memberikan maklumbalas kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian. Terima Kasih.

 

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“PCI Di Hati Kami”

 

 

 

 

 

 

 

 

Mohamad Shahirul Aiman bin Che Abd Aziz,

Naib Pengerusi,

PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2017/2018.

 

 

 

 

 

 

 

 

Mirza Aqila binti Ahmad Murat,

Timbalan Naib Pengerusi,

PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2017/2018.

 

 

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :