بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ (2:261)

Maksudnya: Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.

 

Sejajar dengan pembukaan sesi pengajian yang baharu, PERUBATAN Cawangan Iskandariah (PCI) di bawah kelolaan Jabatan Bendahari akan menjalankan kutipan yuran tahunan PERUBATAN.

Seperti yang termaktub dalam perlembagaan PERUBATAN Fasal 8, Perkara 1 yang menyebut;

 

“Setiap ahli perlu membayar yuran pendaftaran keahlian sebanyak 5 (lima) Egyptian Pound dan yuran tahunan sebanyak 20 (dua puluh) Egyptian Pound.”

 

Hasil kutipan yuran ini akan digunakan bagi menampung perbelanjaan tahunan PERUBATAN Cawangan Iskandariah dan PERUBATAN. Di sini ingin diingatkan bahawa ahli yang telah membayar yuran sahaja yang layak untuk mengundi dan menghadiri Mesyuarat Tahunan PERUBATAN Cawangan (MTC) dan Mesyuarat Agung Tahunan PERUBATAN (MAT).

Untuk makluman, PERUBATAN Cawangan Iskandariah kali ini akan menjalankan sistem kutipan yuran secara kolektif yang mana turut membabitkan kutipan yuran Tabung Kasih Sayang (TKS) sebanyak 30 (tiga puluh) Egyptian Pound bagi pelajar tajaan dan 25 (dua puluh lima) Egyptian Pound bagi pelajar persendirian. Sistem ini bertujuan untuk mengurangkan penindanan kutipan yang pelbagai, seterusnya mengurangkan beban ahli melalui kutipan secara sekaligus.

Dengan ini diumumkan bahawa fasa kutipan yuran bagi PERUBATAN Cawangan Iskanariah akan diadakan dari

 

Fasa 1: 23 September 2017 – 7 Oktober 2017 bagi jurusan Pergigian dan Farmasi

Fasa 2: 7 Oktober 2017 – 21 Oktober 2017 bagi jurusan Perubatan

 

Bayaran boleh dijelaskan kepada Bendahari Organisasi Batch masing-masing. Setiap bayaran yang dilakukan akan disertakan resit sebagai bukti pembayaran.

Segala bentuk kerjasama kami dahulukan dengan ucapan terima kasih. Semoga keterlibatan semua ahli dapat memberi manfaat yang besar dalam menggerakkan PERUBATAN Cawangan Iskandariah di samping dapat menjadi saham amalan kebaikan kita di akhirat kelak.

 

Siiru Ala Barakatillah.

Sekian, terima kasih.

“Pengurusan Kewangan Berkualiti, Kredibiliti PERUBATAN Diperakui”

 

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

 

 

Irfan Naim bin Shaharuddin,
Jabatan Bendahari,
PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2017/2018.

 

Nurul Syahiirah binti Mohd Aszmi,
Timbalan Jabatan Bendahari,
PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2017/2018.

 

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :