Dalam kelam kau tercari-cari cahaya,
Kau menangis hiba,
Tangan kau teraba-raba.

Kau hilang arah,
Kau tercari punca,
Dunia ini serasa tidak adil,
Kau sudah mencuba sehabis daya.

Apa lagi mahu mereka?
Hati yang lelah menahan gerak tangan
Jiwa yang gundah menghenti langkah kaki,
Serasa mahu tinggalkan semua perkara yang melelahkan ini.
Kau fikir,
Mungkin lebih​ baik aku hentikan sahaja,
Itu mungkin pilihan terbaik yang kau ada.

Tapi, satu perkara mungkin terlupa,
Kau terlupa meminta pada Dia.

Ya, mungkin kau sudah minta.
Tapi sejauh mana? Senekad mana?
Setulus mana air matamu mengalir meminta pada Dia.
Bilakah terakhir kali kau khusyuk dalam solatmu?
Bila terakhir kalinya kau bangun qiyam sampai bengkak matamu?

Sudah, sudah kau lakukan semuanya.

Apa lagi tinggal untukmu?
Justeru, berusahalah terus dengan sabar dan solat.
Jalan terus kerna,
Allah sedang menyusun yang terbaik untukmu.
Jalan terus kerna,
Sungguh Allah tidak pernah lupakan hambaNya.

Tinggal lagi kita sungguh-sunguh mencari Dia.

Dongakkan wajahmu,
Maniskan senyumanmu,
Jalan terus,
Bukan kerana kau tidak lagi khuwatir,
Tapi kerana kau percaya pada takdir Dia.

Jalan terus kerana,

 

Dia merancang dengan cinta-Nya.
Nukilan,
Hamba pendosa.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :