Pertama dan selamanya marilah sama – sama kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana telah dan masih mengurniakan kita dengan dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam serta selawat dan salam buat junjungan besar kita, baginda Nabi Muhammad SAW. Semoga kita menjadi sebahagian daripada golongan yang menyambung mata rantai perjuangan baginda.

 

Alhamdulillah, cuti musim panas kembali menjelma setelah selesainya peperiksaan akhir tahun bagi pelajar-pelajar pergigian. Tidak lupa juga kepada pelajar perubatan khususnya pra klinikal yang bakal menduduki peperiksaan akhir semester seterusnya akan pulang ke Malaysia berbakti kepada keluarga tercinta. Sehubungan dengan itu, Majlis Pengerusi telah menyusun pemangkuan fasa kedua yang telah berkuatkuasa sejak 25hb Julai 2017.

Merujuk fasal 28 perkara 3 (b) dalam perlembagaan PERUBATAN, berkaitan Kekosongan Jawatan ;

 

“Jika terdapat Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan yang meninggal dunia atau meletakkan jawatan atau dilucutkan jawatan atau tidak dapat bertugas atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, kekosongan tersebut perlu dipangku oleh mana-mana Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lain untuk satu tempoh tertentu dan kemudiannya ditentukan oleh Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) berdasarkan etika. Kekosongan jawatan Pengerusi hanya boleh dipangku oleh Naib Pengerusi I.”

 

Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa kekosongan jawatan bagi AJKT yang pulang ke Malaysia dan akan dipangku oleh AJKT lain yang berada di Mesir. Antara bidang tugas pemangku adalah seperti berikut:

 

1) Memangku bidang tugas jawatan yang berkenaan untuk tempoh yang telah ditetapkan.

2) Menghadiri mesyuarat jabatan/biro yang berkenaan.

3) Terlibat dalam pelaksanaan program yang telah dirancang oleh jabatan/biro yang berkenaan.

 

Maka, setelah perbincangan dibuat, senarai pemangkuan portfolio AJKT adalah seperti berikut:

 

No. Jabatan/Biro Pemangku Tempoh Pemangkuan
1. Pengerusi Mohamad Shahirul Aiman bin Che Abd Aziz 22 Ogos 2017 – 13 September 2017
2. Ketua Jabatan Setiausaha (JSU)
Mohamad Shahirul Aiman bin Che Abd Aziz  26 Julai 2017 – 11 September 2017
3. Ketua Jabatan Bendahari (JB) Syed Ahmad Akram bin Habit Mustafa 22 Ogos 2017 – 8   September 2017

 

4. Ketua Biro Pembangunan Insan (BPI) Luqman bin Sufian 25 Julai 2017 – 15 Ogos 2017
Muhammad Ummar Uthman bin Mohd Nazri 16 Ogos 2017 – 11 September 2017
5. Ketua Biro Akademik (BCAD) Mohamad Shahirul Aiman bin Che Abd Aziz 28 Julai 2017 – 24 Ogos 2017
6. Ketua Biro Penerbitan dan Penerangan (BPP) Muhammad Nazimal Fikry bin Mah Ali 29 Ogos 2017 – 20 September 2017
7. Ketua Biro Kebajikan (BCARE) Syed Ahmad Akram bin Habit Mustafa 22 Ogos 2017 – 13 September 2017
8. Ketua Biro Sukan dan Aktiviti Luar Luqman bin Sufian 28 Julai 2017 – 24 Ogos 2017
Azali Hafiz Yaffie bin Nuhairi 24 Ogos 2017 – 10 September 2017
9. Timbalan Ketua Biro Akademik Ain Fatini binti Ibrahim 27 Ogos 2017 – 17 September 2017
10. Timbalan Ketua Biro Ekonomi (BIKON) Madihah binti Sobree 1 Ogos 2017 – 20 September 2017
11. Timbalan Ketua Biro Sukan dan Aktiviti Luar (BSAL) Wan Nur Insyirah Ilhami binti Wan Anuar 1 Ogos 2017 – 20 September 2017

 

Sebarang urusan yang melibatkan AJKT tersebut dan mana-mana biro, bolehlah berhubung terus dengan pemangku yang dilantik. Kami di peringkat PCI memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku.

Sekian, terima kasih.

 

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

 

 

 

 

 

 

 

 

Luqman Bin Sufian,

Pengerusi,

PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2017/2018.

 

 

 

 

 

 

 

 

Farah Yasmin binti Zaini,

Timbalan Pengerusi,

PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2017/2018.

 

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :