Pertama dan selamanya marilah sama – sama kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana telah dan masih mengurniakan kita dengan dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam serta selawat dan salam buat junjungan besar kita, baginda Nabi Muhammad SAW. Semoga kita menjadi sebahagian daripada golongan yang menyambung mata rantai perjuangan baginda.

Alhamdulillah, cuti musim panas kembali menjelma setelah selesainya peperiksaan akhir tahun bagi pelajar-pelajar pergigian. Tidak lupa juga kepada pelajar perubatan khususnya pra klinikal yang bakal menduduki peperiksaan akhir semester seterusnya akan pulang ke Malaysia berbakti kepada keluarga tercinta. Sehubungan dengan itu, Majlis Pengerusi telah menyusun pemangkuan fasa pertama yang berkuatkuasa bermula 19 Mei sehingga 27 Ogos dan fasa kedua yang akan diberitahu tempohnya kemudian.

Merujuk fasal 28 perkara 3 (b) dalam perlembagaan PERUBATAN, berkaitan Kekosongan Jawatan ;

“Jika terdapat Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan yang meninggal dunia atau meletakkan jawatan atau dilucutkan jawatan atau tidak dapat bertugas atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, kekosongan tersebut perlu dipangku oleh mana-mana Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lain untuk satu tempoh tertentu dan kemudiannya ditentukan oleh Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) berdasarkan etika. Kekosongan jawatan Pengerusi hanya boleh dipangku oleh Naib Pengerusi I.”

Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa kekosongan jawatan bagi AJKT yang pulang ke Malaysia dan akan dipangku oleh AJKT lain yang berada di Mesir. Antara bidang tugas pemangku adalah seperti berikut:

1) Memangku bidang tugas jawatan yang berkenaan untuk tempoh yang telah ditetapkan.

2) Menghadiri mesyuarat jabatan/biro yang berkenaan.

3) Terlibat dalam pelaksanaan program yang telah dirancang oleh jabatan/biro yang berkenaan.

 

Maka, setelah perbincangan dibuat, senarai pemangkuan portfolio AJKT adalah seperti berikut:

 

No. Jabatan/Biro Pemangku Tempoh Pemangkuan
1. Jabatan Bendahari(JB)

Irfan Naim bin Shaharuddin

Luqman bin Sufian 24 Mei – 27 Ogos
2. Ketua Biro Akademik(BCAD)

Azali Hafiz Yaffie bin Nuhairi

Mohd Azri bin Ahmad 4 Julai – 15 Ogos
3. Ketua Biro Ekonomi(BIKON)

Syed Ahmad Akram bin Habit Mustafa

Ahmad Hazarul Afiq bin Mohd Zainun 19 Mei – Awal Ogos
4. Ketua Biro Perumahan (BHOME)

Muhammad Ummar Uthman bin Mohd Nazri

Mohamad Shahirul Aiman bin Che Abd Aziz 20 Jun – 18 Ogos
5. Naib Pengerusi (NP) 2

Mirza Aqila binti Ahmad Murat

Farah Yasmin binti Zaini 3 Julai – 21 Ogos
6. Timbalan Jabatan Bendahari (JB)

Nurul Syahiirah binti Mohd Aszmi

Amyrah Aina binti Mohd Zamri 4 Julai – 21 Ogos
7. Timbalan Biro Pembangunan Insan (BPI)

Madihah binti Sobree

Nur Alia binti Idris 20 Jun – 25 Julai
8. Timbalan Biro Penerbitan dan Penerangan(BPP)

Syahindah binti Kamaruddin

Hanna Aqila binti Ahmad Baqir 6 Julai – 20 Ogos
9.  

Timbalan Biro Kebajikan(BCARE)

Wan Nur Insyirah Ilhami binti Wan Anuar

Ainin Zahidah binti Kamal Zuhairi 20 Jun – 25 Julai

 

Pemangkuan ini berkuatkuasa serta merta sejurus kenyataan rasmi ini dikeluarkan. Sebarang urusan yang melibatkan AJKT tersebut dan mana-mana biro, bolehlah berhubung terus dengan pemangku yang dilantik. Kami di peringkat PCI memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku.

Sekian, terima kasih.

 

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

 

 

 

 

 

 

 

 

Luqman bin Sufian,
Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2017/2018.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Farah Yasmin binti Zaini
Timbalan Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2017/2018.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :