Dipetik dari buku “The Richest Man in Babylon”

Tips dari Encik Arkad

Gemukkan ‘Purse’

  • Setiap bulan, asingkan 1/10 dari duit yang diperoleh dan SIMPAN. Jangan sentuh! Katakan tidak kepada gaya hidup yang bersangkutan dengan mengeteh setiap hari di kafe hipster dan berjoli sakan membeli belah.
  • Analoginya mudah, masukkan 10 biji Kopiko dalam balang. Setiap bulan, keluarkan 9. Lama kelamaan, balang tersebut akan melimpah dengan Kopiko yang tidak diusik itu. Betul tak?
  • “Tapi, boleh buat ke? Saya dah terbiasa berbelanja. Tak sampai hujung bulan mesti habis duit” Keluh seorang Anis.
  • Jawapannya BOLEH, Anis. Simpan dulu 1/10 duit awak tu. Awak akan belajar juga untuk hidup tanpa bahagian yang awak simpan itu. Lama-kelamaan awak akan dapati duit awak cukup je sebenarnya.
  • “Kenapalah nak susahkan diri jadi bakhil pulak ni? Ada duit, pakailah! Nanti dah mati baru menyesal waktu ada duit tak guna.” Komen seorang Saiful.
  • Wahai Saiful, tak ada siapa pun yang halang awak nak enjoy. Cuma, sila sesuaikan bajet awak dan PASTIKAN awak simpan 1/10 duit setiap bulan. Ingat ya.

Kawal Perbelanjaan

  • Tanya diri anda: Adakah oversized sweater ini akan memberikan faedah yang berpanjangan kepada saya, ataupun adakah ia akan terkepam dalam almari sampai hari graduation nanti?
  • Setiap kali nak belanjakan duit, pastikan perkara tersebut betul-betul bernilai setiap sen yang anda belanjakan. Ada faham?

“Taju Kage Bunshin No Jutsu”

  • “Make thy gold work for you”-Pesan Arkad, orang terkaya di Babylon.
  • Invest simpanan yang ada supaya anda dapat menambah simpanan anda umpama tenik ‘Multiple Shadow Clone Naruto’.
  • Pastikan anda mengkaji terlebih dahulu investment yang akan diambil—Adakah ia scam? Adakah ia patuh syariah? Apakah prospek investment ini pada masa akan datang?

Hati-Hati. Lindungi Harta Anda.

  • Benda yang sangat penting untuk anda lakukan ialah memastikan wang anda tidak hilang melayang.
  • INGAT—Buang mindset “Nak cepat kaya”. Mindset ini akan merugikan anda.
  • Bertanya kepada yang pakar dalam bidang kewangan. Tanyalah Perancang Kewangan tentang selok-belok kewangan.

Persediaan Di Hari Tua

  • Usahakan untuk memiliki “property” seperti rumah. Hati lebih tenang bila ada rumah dan tanah sendiri.
  • Pastikan anda ada sumber kewangan untuk masa depan. Bukalah akaun seperti KWSP, yang boleh digunakan selepas bersara atau selepas anda meninggal kelak, untuk keluarga anda.

Tingkatkan Kebolehan

  • Beza atau tidak baju kurung yang jual di pasar malam dengan baju kurung Rizalman? Beza bukan? Menangis tengok harga di ZALORA.
  • Jika anda inginkan pendapatan lebih, pastikan anda mahir dan menjadi pakar dalam bidang anda.
  • Orang kaya sentiasa memilih untuk belajar dan memperbaiki diri mereka, bukannya terus kekal dalam ‘comfort zone’.

Tips Bayar Hutang

  • Rasa stress dengan hutang yang menimbun?
  • Ikut langkah-langkah ini:
  • Setiap bulan, simpan 10% dan asingkan.
  • Peruntukkan 20% setiap bulan untuk bayar segala jenis hutang-piutang.
  • Lebihan 70% digunakan untuk perbelanjaan harian.
  • 20% tersebut anda gunakan untuk membayar hutang kepada pihak-pihak yang terlibat secara ansuran. Biarpun jumlahnya sedikit inshaallah hutang anda akan selesai suatu hari nanti.
  • Sila berjimat cermat dan jangan tambahkan lagi hutang. Faham ke faham? Anda pasti boleh lakukannya. Malaysia boleh!

 

Nota akhir

  • Lagi cepat anda mula, Lagi cepat anda kaya!
  • Jangan tunggu lagi

 

Artikel diolah oleh:

Asma’ Binti Toslan

Jabatan Bendahari,

PERUBATAN Cawanagn Iskandariah 2017/2018.

 

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :