ISKANDARIAH , 13 April – “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara.” (Al-Hujurat: 10) . Ayat ini dinamakan ayatul ukhuwah  kerana membicarakan setiap orang yang beriman yakni (bermaksud) yang mempunyai pegangan akidah yang sama adalah bersaudara. Selari dengan tujuan utama program SCarlet ini dilaksanakan , yang menghimpunkan seluruh mahasiswa/wi Mesir , khususnya cawangan Iskandariah di bawah satu lembayung rahmat dalam suasana yang hasanah (baik) tidak lain dan tidak bukan , mengeratkan silaturrahim .

Kempen ini bermula pada 23 Mac yang lalu . Pelbagai aktiviti telah diaturkan dalam kempen ini bagi mengukuhkan lagi kebersamaan mahasiswa/wi di bumi kinanah ini melalui pendekatan SC . Antaranya , SCarlet’s Diary , SCarlet’s Day Out , Tour the Alexandria , SCarlet Futsal Tournament  dan SCarlet’s Haura Night .

Majlis penutupan Kempen SC dimulakan dengan Tafaqquh Fiddeen ,yang menerangkan Sofwatul Islamiyyah (bangkit dari lena yang panjang) bertujuan memberi kefahaman tentang ukhuwah dan gambaran biah (suasana) pada zaman Rasulullah . Pengisi juga mengulas berkaitan 2 peperangan yang sangat berbahaya kepada umat Islam iaitu perperangan Monggol dan perperangan pemikiran . Peperangan Monggol telah menyebabkan umat Islam hampir kehilangan sebuah negara manakala Peperangan Pemikiran adalah peperangan yang kita hadapi hari ini . Beliau juga menyeru kepada mahasiswa/wi agar bersatu-padu dan mengelakkan perpecahan sesama sendiri, Hal ini kerana , perpaduan ummah adalah tonggak kekuatan dan nilai maruah Islam yang sepatutnya di­segani dan dihormati oleh pihak lain.

Saudara Muhammad Aniq Bin Jamaludin , mahasiswa Perubatan Tahun Satu berkata , “Saya dapat rasakan maksud ukhuwah dalam Islam adalah seperti kita menjaga sesama kita , menyayangi antara satu sama lain , menghadiahkan senyuman dan sebagainya atas dasar kita mengucap Syahadah . Bukan sebab tertentu seperti harta , pangkat malahan kemasyhuran individu itu sendiri .

Saya yakin apabila kita sudah menjejaki alam pekerjaan , masing-masing akan sibuk dengan urusan peribadi , jadi program SCarlet ini seperti medium kepada ahli-ahlinya merasai nikmat ukhuwah tersebut . Zaman muda-muda inilah kita perlu mengumpul sebanyak mungkin rencah pengalaman pahit dan manis supaya menjadi sandaran kepada generasi-generasi yang akan datang . Program-program berbentuk ukhuwah ini sangat bagus dan saya harap kempen seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang .”

 

Majlis Perasmian Penutupan Kempen SCarlet telah dimulakan dengan ucapan Pengarah Kempen SC , saudara Muhammad Haqiq Bin Zakaria . Dalam ucapan , beliau berkata , “Saya amat berharap dengan program yang pihak Ahli Jawatankuasa laksanakan sepanjang kempen SCarlet ini , dapat meningkatkan lagi fungsi mentor dan Smart Circle dalam membina sahsiah ahli PERUBATAN Cawangan Iskandariah yang lebih jitu dan berakhlak tinggi .”

Kemudian majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada kumpulan terbaik dan SC Terbaik setiap batch yang disampaikan oleh wakil Majlis Tertinggi Perubatan , Saudara Nazimal Fikry Bin Mah Ali dan Pengarah Kempen SCarlet , saudara Muhammad Haqiq Bin Zakaria .

 

 

Disediakan oleh ,

 

Muhammad Aiman Hakim Bin Ariffin,

Unit Liputan dan Hebahan,

Biro Penerbitan dan Penerangan,

PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2017/2018.

 

 

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :