Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan kepada Allah Taala yang mengurniakan kita nikmat iman dan Islam, dua nikmat yang terbesar dikurniakan kepada insan. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW , keluarga serta para sahabat baginda.

Umum mengetahui passport dan visa yang sah tempoh laku sangat penting dalam menjalani kehidupan di luar negara. Keduanya bertindak sebagai identiti diri dan kebenaran daripada negara berkenaan untuk menetap di sesuatu tempat.

Berikutan kenyataan daripada pihak kerajaan Mesir pada 16 Februari yang lalu mengenai kenaikan harga visa yang mendadak  terhadap bukan warganegara berbanding sebelumnya , di sini kami sertakan butiran dan cara pengiraan bagi harga bayaran visa.

Harga Lama

Permohonan  visa                                                                                            : 130LE

Denda luput visa                                                                                             : 173LE

 

Harga Baharu

Permohonan visa                                                                                            : 620LE (tambahan sebanyak 490LE)

Denda luput visa bagi 3 bulan pertama                                                       : 1053LE

Bulan seterusnya                                                                                             : Tambahan 500LE bagi setiap bulan

 

Kenaikan harga visa ini berkuatkuasa bermula Selasa, 21 Februari 2017. Walaupun ada ura-ura yang mengatakan pihak kerajaan menagguhkan penguatkuasaan undang-undang baru ini sehingga awal Julai, namun ia hanya dikhususkan kepada pelancong sahaja.

Kami sedar kenaikan harga visa yang melambung tinggi cukup mebebankan pihak mahasiswa apatah lagi dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu. Pihak kami sentiasa berusaha memastikan kebajikan dan keselamatan semua mahasiswa Iskandariah menjadi keutamaan kami. Justeru kami menggesa mahasiswa di Iskandariah khususnya untuk segera mendapatkan visa yang sah dan sentiasa membawa passport terutamanya ke kawasan panas (hotspot).

Proses pengurusan visa yang dihentikan sebelum ini telah beroperasi semula bermula Rabu, 8 Mac 2017.

Bagi mahasiswa yang benar-benar memerlukan bantuan kewangan, anda boleh memohon bantuan sumbangan atau pinjaman Tabung Kasih Sayang (TKS) melalui wakil Biro Kebajikan batch atau terus hubungi;

 

Ketua Biro Kebajikan

Ahmad Hazarul Afiq bin Mohd Zainun

+201155262808 (Telefon, Whatsapp)

 

Timbalan Biro Kebajikan

Wan Nur Insyirah Ilhami binti Wan Anuar

+60148084173 (Whatsapp)

+201119767398 (Telefon)

 

Sekian, terima kasih.

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“At-Taqwa, As-Syifaa, Ar-Rahmah”

 

 

 

 

 

 

 

 

Ahmad Hazarul Afiq bin Mohd Zainun

Ketua Biro Kebajikan,

PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2017/2018.

 

 

 

 

 

 

 

 

Wan Nur Insyirah Ilhami binti Wan Anuar

Timbalan Ketua Biro Kebajikan,

PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2017/2018.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :