Pertama dan selamanya marilah sama – sama kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana telah dan masih mengurniakan kita dengan dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam serta selawat dan salam buat junjungan besar kita, baginda Nabi Muhammad SAW. Semoga kita menjadi sebahagian daripada golongan yang menyambung mata rantai perjuangan baginda.

 

Alhamdulillah, sekali lagi cuti musim sejuk kembali lagi. Maka bertebaranlah ahli-ahli ke serata tempat bagi memenuhi cuti mereka dengan sebaiknya. Maka ini juga termasuk pada AJKT. Merujuk fasal 28 perkara 3 (b) dalam perlembagaan PERUBATAN, berkaitan Kekosongan Jawatan ;

 

“Jika terdapat Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan yang meninggal dunia atau meletakkan jawatan atau dilucutkan jawatan atau tidak dapat bertugas atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, kekosongan tersebut perlu dipangku oleh mana-mana Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lain untuk satu tempoh tertentu dan kemudiannya ditentukan oleh Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) berdasarkan etika. Kekosongan jawatan Pengerusi hanya boleh dipangku oleh Naib Pengerusi I.”

 

Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa kekosongan jawatan bagi AJKT yang pulang ke Malaysia dan akan dipangku oleh AJKT lain yang berada di Mesir. Antara bidang tugas pemangku adalah seperti berikut:

 

1) Memangku bidang tugas jawatan yang berkenaan untuk tempoh yang telah ditetapkan.

2) Menghadiri mesyuarat jabatan/biro yang berkenaan.

3) Terlibat dalam pelaksanaan program yang telah dirancang oleh jabatan/biro yang berkenaan.

 

No Jabatan/Biro Pemangku Tempoh Pemangkuan
1. Mohd Shafiq Firdaus Bin Mohd Zaki,

Jabatan Setiausaha (JSU)

Khairul Anuar Bin Bahrim 29 Jan – 1 Feb
2. Ahmad Baihaqy bin Kamaruzzaman,

Biro Pembangunan Insan (BPI)

Mohd Zukri Bin Kamarul Bahrin 24 Jan – 10 Feb
3. Jamilah binti Abd Malik,

Timbalan Jabatan Setiausaha (JSU)

Nur Fahimah binti C. Baharuddin 6 Feb -13 Feb
4. Ainin Zahidah Binti Kamal Zuhairi, Timbalan Biro Kebajikan (BCARE) Wan Nur Nazifa bt Wan Ab Halim Sabri 6 Feb-16 Feb

 

Sebarang urusan yang melibatkan AJKT tersebut dan mana-mana biro, boleh berhubung terus dengan pemangku yang dilantik.

Sekian terima kasih.

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

ptp

 

 

 

 

 

 

 

 

Khairul Anuar Bin Bahrim

Pengerusi,

PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2016/2017

 

Untitled-1

 

 

 

 

 

 

 

 

Nurfaezah binti Amat Ariff

Timbalan Pengerusi,

PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2016/2017.

 

 

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :