إن الحمد لله، نحمدُه ونستغفره ونستعينه ونستهديه ونعوذُ بالله من شرورِ أنفسنا ومن سيئاتِ أعمالنا، من يهْدِ اللهُ فلا مضِلَّ له ومن يضلل فلا هادي له.  وأشهد أنْ لا إله إلا اللهُ وحده لا شريك له وأشهد أنَّ محمداً عبدُه ورسولُه، بعثه اللهُ رحمةً للعالمين هادياً ومبشراً ونذير

Segala puji bagi Allah yang masih mengurniakan kepada kita peluang untuk hidup dalam nikmat iman dan islam sehingga ke hari ini.

Dukacita dimaklumkan bahawa markas PCI (TERATAK ISKANDAR) terpaksa berpindah atas sebab-sebab tertentu rentetan daripada hasil perbincangan bersama tuan rumah pada 18 Disember yang lalu. Antaranya sebab-sebab yang dinyatakan adalah:

Aduan kepada tuan rumah daripada penduduk bangunan tersebut (jiran) dan pihak berkuasa mengatakan bahawa mahasiswa, ahli kurang mengawal suara ketika menggunakan teratak sehingga mengganggu ketenteraman jiran

Kasut-kasut yang tidak tersusun dengan baik.

Situasi yang sama pernah berlaku semasa bulan Jun yang lalu, namun ketika itu tuan rumah masih boleh bertoleransi dan tetap meneruskan sewaan. Akan tetapi, situasi ini bertambah buruk sehingga sekali lagi tuan rumah terpaksa meminta dengan baik supaya mencari rumah sewa baru dan keluar daripada rumah sewa tersebut.

Hasil perbincangan bersama tuan rumah menyatakan bahawa Teratak Iskandar terpaksa berpindah menjelang hujung bulan Januari tahun hadapan.

Maka berikutan itu pencarian teratak baru akan bermula daripada sekarang. PERUBATAN Cawangan Iskandariah amat memerlukan agar semua ahli PCI dapat bersama turut serta dalam proses mencari rumah sewa baru yang boleh digunakan sebagai Teratak/Markas yang baru. Antara kriteria rumah yang digariskan sebagai sesuai dijadikan teratak baru ialah :

 

Terletak di antara kawasan Syatby ke Ibrahimiyyah.

Berharga tidak melebihi EGP 2.5k sebulan.

Rumah di tingkat aras bawah sehingga tingkat 3.

Lebih baik jika hanya 1 rumah pada 1 tingkat.

Ruang tamu yang luas.

Bilik-bilik yang sesuai untuk penyimpanan aset2 .

Tuan rumah yang tiada masalah rumahnya akan dijadikan Markas/Teratak.

 

Sebarang makluman boleh diajukan kepada Ketua dan Timbalan Biro Perumahan PCI di nombor-nombor berikut :

Ketua Biro Perumahan

Naqib Johari

(Wa) : +60197269192

(call) : +201142748898

Timb. Ketua Biro Perumahan

Mirza Aqila Ahmad Murat

(Wa/call) : +201119589136

Perihal barang-barang dan aset unit khas telah pun di maklumkan pada ketua biro masing-masing. Pada waktu ini,harap kita semua berdoa agar proses perpindahan kita ini berjalan lancar. PCI juga mengharapkan agar semua ahli dapat menggunakan teratak yang akan datang dengan sebaiknya.

 

Sekian,

Terima Kasih.

 

Biro Perumahan.

Perubatan Cawangan Iskandariah.

 

“Together We Unite to Serve Community”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

 

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

 

 

 

 

 

 

 

 

Naqib Johari,

Ketua Biro Perumahan,

PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2016/2017

 

 

 

 

 

 

 

 

Mirza Aqila Ahmad Murat,

Timbalan Ketua Biro Perumahan,

PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2016/2017

 

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :