Pertama dan selama-lamanya marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana telah dan masih mengurniakan kita dengan dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam. Tidak dilupakan, selawat dan salam buat junjungan besar baginda Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda serta para sahabat. Semoga kita semua terus beristiqamah di atas jalan perjuangan yang ditinggalkan baginda Nabi SAW.

Seperti yang sedia diketahui, pada tahun lalu, pihak universiti Fakulti Perubatan telah mengadakan “Health Insurance Project IUMP” bagi membantu para pelajar yang mempunyai masalah kesihatan bagi mendapat rawatan dengan harga yang berpatutan bagi rawatan kesihatan malah harga yang berpatutan bagi rawatan kesihatan malah harga yang berpatutan bagi pemeriksaan seperti x-ray, CT scan dan MRI di hospital-hospital university.

Pada tahun ini pihak universiti TIDAK MEWAJIBKAN semua pelajar berdaftar dibawah insuran.

Bagi mereka yang berminat, anda perlulah berdaftar di bilik setiausaha di aras bawah Bangunan Ptolemy, New University Hospital (bersebelahan dengan Fakulti Farmasi) dengan membawa salinan kad pelajar dan bayaran sebanyak LE 100. Setelah itu, resit pembayaran perlulah dibawa kepada Miss Wessam yang berada di aras bawah Conventiion Centre (CC) untuk mendapatkan kad insuran.

Sebarang informasi atau pertanyaan mengenai “Health Insurance Project IUMP”, boleh dirujuk kepada AJKT Biro Kebajikan atau dibaca di dalam Buku Panduan Kebajikan 2016/2017.

Sekian, terima kasih.

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”
“PCI Di Hati Kami”

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Mohammad Amirul Shahril Bin Ahmad,
Ketua Biro Kebajikan,
PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2016/2017.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ainin Zahidah Binti Kamal Zuhairi,
Timbalan Biro Kebajikan,
PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2016/2017

 

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :