Iskandariah, Disember 18 – Jawatankuasa Pilihan Raya Cawangan (JPC) Iskandariah telah mengumumkan keputusan pilihan raya yang telah berlangsung pada hari semalam, Sabtu, 17 Disember dengan bilangan ahli matang yang turun mengundi sebanyak 54.62% manakala undi rosak pula adalah sebanyak 12 undi. Keputusan pilihan raya ini telah diumumkan oleh pengarah JPC Iskandariah iaitu saudara Mohamad Thahir Bin Mohd Zin di Teratak Iskandar.

Majlis Tertinggi PERUBATAN sesi 2017/2018 diwakili oleh saudara Muhammad Nazimal Fikry Bin Mah Ali (Tahun 5 Perubatan) dan dibantu oleh saudara Ain Fatini Binti Ibrahim (Tahun 5 Perubatan) yang masing-masing telah menang tanpa bertanding. Jawatan Pengerusi PERUBATAN Cawangan Iskandariah sesi 2017/2018 disandang oleh Luqman Bin Sufian (Tahun 5 Perubatan) yang juga merupakan calon yang memenangi kerusi tanpa bertanding. Manakala jawatan Timbalan Pengerusi pula disandang oleh saudari Farah Yasmin Binti Zaini (Tahun 4 Perubatan) yang mendapat undian sebanyak 71.52%.

Berikut merupakan senarai calon-calon yang telah berjaya memenangi kerusi Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan Iskandariah sesi 2017/2018 :

AJKT Ikhwah :

  1. Ahmad Hazarul Afiq Bin Mohd Zainun (Tahun 5 Perubatan)
  2. Muhammad Alimuddin Bin Mohd Azmi (Tahun 5 Perubatan)
  3. Irfan Naim Bin Shaharuddin (Tahun 3 Pergigian)
  4. Syed Ahmad Akram Bin Habit Mustafa (Tahun 2 Pergigian)
  5. Mohamad Shahirul Aiman Bin Che Abd Aziz ( Tahun 4 Perubatan)
  6. Muhammad Ummar Uthman Bin Mohd Nazri (Tahun 2 Pergigian)
  7. Azali Hafiz Yaffie Bin Nuhairi (Tahun 4 Perubatan)
  8. Mohd Azri Bin Ahmad (Tahun 3 Perubatan)

AJKT Akhawat :

  1. Madihah Binti Sobree (Tahun 2 Pergigian)
  2. Amyrah Aina Binti Mohd Zamri (Tahun 2 Perubatan)
  3. Syahindah Binti Kamaruddin (Tahun 2 Perubatan)
  4. Nurul Syahiirah Binti Mohd Aszmi (Tahun 3 Perubatan)
  5. Wan Nur Insyirah Ilhami Binti Wan Anuar (Tahun 2 Pergigian)
  6. Hanna Aqila Binti Ahmad Baqir (Tahun 4 Perubatan)
  7. Nur Alia Binti Idris (Tahun 2 Perubatan)
  8. Norhanani Hazirah Binti Mohd Zaid (Tahun 2 Perubatan)

Pada hari pengundian, rata-rata mahasiswa/wi keluar mengundi setelah tamat sesi pembelajaran di kuliah masing-masing. Manakala bagi mahasiswa/wi yang tidak mempunyai kuliah pada hari tersebut, mereka telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan keluar mengundi dibeberapa lokasi pusat pengundian yang terletak berhampiran dengan kawasan penempatan rumah mereka.

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diberikan buat semua calon yang telah berjaya memenangi kerusi yang dipertandingkan pada tahun ini dan seterusnya melayakkan diri kalian untuk mengemudi bahtera PERUBATAN Cawangan Iskandariah bagi sesi 2017/2018. Sekalung penghargaan juga dihadiahkan buat semua ahli Jawatankuasa Pilihan Raya (JPC) Iskandariah yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan Pilihan Raya Cawangan kali ini dan tidak lupa juga buat semua ahli PCI yang telah menjalankan tanggungjawab kalian sebagai ahli. Syabas dan tahniah diucapkan!

Disediakan oleh,
Rabi’atul Adawiyah Binti Zainal Abidin ,
Unit Liputan dan Hebahan,
Biro Penerbitan dan Penerangan,
PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2016/2017.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :