acc

Alexandria Complain Centre ataupun dikenali sebagai ACC merupakan salah satu medium yang disediakan kepada ahli untuk memberi sebarang aduan, muhasabah ataupun cadangan kepada pimpinan PERUBATAN Cawangan Iskandariah (PCI). Sehingga ke hari ini Jabatan Setiausaha telah menerima maklum balas yang baik daripada kesemua ahli. Oleh yang demikian Jabatan Setiausaha mengambil inisiatif untuk mengumpulkan beberapa soalan yang selalu ditanya oleh ahli serta yang sesuai dijadikan makluman kepada semua ahli.

 

  •  Bagaimana pemilihan Smart Circle (SC) terbaik ketika program Oddysey?

Terdapat beberapa kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Mentor Council bagi menilai SC terbaik.

Antara kriteria tersebut adalah :
1) Kekerapan SC dijalankan
2) Keterlibatan ahli dalam program-program kempen SC seperti Battle of Clans & Alex’s Got Talent bagi akhawat serta ziarah makam dan amali sembelihan bagi ikhwah dan sebagainya.

 

  •   Apakah saluran untuk menjadi AJK Program PERUBATAN?

Bagi pihak PROF sendiri, pencarian mana-mana AJK sama ada untuk cawangan ataupun PERUBATAN, PROF akan lebih mengutamakan PROF Sukarelawan. Bagaimana?

Dengan mempromosikan pencarian AJK dalam group PROF Sukarelawan. Sekiranya tiada yang berminat untuk menjadi sukarelawan, PROF akan mencari dan taqdim AJK berdasarkan database penggerak PCI mengikut kekosongan atau kesesuaian penggerak tersebut. Sekiranya masih lagi tiada, PROF akan mencari AJK yang bukan ahli PROF Sukarelawan. Jadi sekiranya ada dikalangan ahli yang beminat untuk menjadi AJK, boleh lah untuk sertai PROF Sukarelawan.

 

  • Adakah BHOME ada menyediakan AJK yang boleh membantu dalam urusan berkaitan penyelenggaraan rumah?

Sebarang urusan berkaitan penyelenggaraan di rumah sila rujuk etika penyelenggaraan dan boleh hubungi AJK Penyelenggaraan :

Muhammad Hilmi Bin MohdRosli

+201144310809 (call)
+60194273110 (w/a)

Muhammad Naqib bin Johari

+201142748898 (call)
+6019-7269192 (w/a)

Mirza AqilaBinti Ahmad Murat

+201119589136 (call&w/a)

 

  • Bagaimana prosedur untuk keluarkan duit riba bagi setiap bank di Mesir?

Prosedur mendapat maklumat dan mengira duit riba

Boleh rujuk link dibawah:

https://tinyurl.com/maklumatriba

Kaunter Riba

Kami di peringkat Jabatan Bendahari akan membuka kaunter riba secara berkala bulanan di program-program PCI (seperti Tafaqquh Fiddeen atau mana-mana program yang dikira sesuai) bagi memudahkan penyerahan wang riba daripada ahli kepada kami.

Kami juga akan memaklumkan di page PCI mengenai pembukaan kaunter riba di program yang berkaitan.

Kempen Riba

Dalam perancangan kami, kami cuba untuk melaksanakan Kempen Riba pada bulan Disember 2016 bagi menyampaikan maklumat kepada ahli mengenai riba dan memudahkan urusan ahli untuk menyerahkan wang riba kepada kami melalui pembukaan kaunter riba di program-program PCI.

 

  • Bagaimana prosedur untuk membuat passport baru sekiranya berlaku kehilangan passport?

PANDUAN MEMPERBAHARUI PASSPORT

Tindakan

  1. Mohon tasdiq kuliah dari pihak universiti
  2. Pergi ke Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK) untuk membuat terjemahan tasdiq
  3. Pergi ke Pejabat Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK), Bahagian Kaunselor
  4. Isi borang dan lampirkan dokumen yang diperlukan
  5. Pembayaran sebanyak RM300 (Dalam mata wang Mesir)
  6. Tunggu 3 bulan atau akan dihubungi semula untuk mengambil passport

Dokumen yang diperlukan

  1. Passport asal dan salinan (Minimum 6 bulan sebelum tarikh tamat)
  2. Tasdiq Kuliyyah (Terjemahan Bahasa Melayu) & salinan
  3. Salinan surat beranak, kad pengenalan, passport lama
  4. 2 salinan gambar passport (berlatar belakang putih dan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan)

 

  • Bolehkah BCARE update mengenai buku panduan kebajikan ? Kenapa hanya diberikan kepada junior tahun 1?

BPK untuk Tahun 2 sehingga Tahun 6

1) Setiap batch akan mendapat 4 salinan yang akan dipegang oleh Ketua Batch, Timbalan Ketua Batch dan 2 UCare Batch

2) Diupload di laman Facebook PCI untuk ahli download

3) Diedarkan sewaktu tafaqquh (terhad)

 

Untuk pengetahuan kalian, BPK telah diluluskan pada akhir bulan 8. Namun memandangkan Ahlan’16 menghampiri dan ramai ahli lain yang balik malaysia, maka kami membuat pilihan untuk mendahulukan adik-adik Tahun 1.

 

 

Untuk sebarang aduan, masalah atau cadangan. Sila klik pautan di bawah;

http://bit.ly/ACCpci

 

“Bridging The Community”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

 

Jabatan Setiausaha,
PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2016/2017
#PCIdihatikami

jsu 1

 

 

 

 

 

 

 

 

Shafiq Firadaus bin Mohamad Zaki,
Ketua Jabatan Setiausaha,
PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2016/2017.

jsu 2

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jamilah binti Abdul Malek,
Timbalan Ketua Jabatan Setiausaha,
PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2016/2017.

 

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :