بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 Pertama dan selamanya marilah sama – sama kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana telah dan masih mengurniakan kita dengan dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam. Tidak dilupakan, selawat dan salam buat junjungan besar baginda Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda serta para sahabat. Semoga kita semua terus beristiqamah di atas jalan perjuangan yang ditinggalkan baginda Nabi SAW.

Pengumuman pelantikan pengarah dan timbalan pengarah Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan baru – baru ini menghangatkan kembali bahang pilihanraya bagi memilih saf kepimpinan yang baru sekaligus menandakan fasa pentadbiran kepimpinan PERUBATAN Cawangan Iskandariah (PCI) sesi 2016/2017 telah pun hampir ke penghujungnya.

 

Berdasarkan Perlembagaan PERUBATAN Fasal 28, Perkara 1 (d): Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan perlu bermesyuarat pada akhir sesi pentadbiran untuk menetapkan 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) lelaki dan 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) wanita untuk dikekalkan sebagai Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan sesi seterusnya.

 

Maka, barisan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PCI telah bermesyuarat dan sebulat suara memutuskan untuk mengekalkan 4 orang AJKT sesi 2016/2017 ke sesi hadapan 2017/2018, iaitu:

amir

1. AMIR AMRULLAH BIN ALI

zukri

2. MOHD ZUKRI BIN KAMARUL BAHRIN

ainin

3. AININ ZAHIDAH BINTI KAMAL ZUHAIRI

mirza

4. MIRZA AQILA BINTI AHMAD MURAT

 

Dengan itu, keempat-empat AJKT kekal ini tidak boleh dicalonkan sebagai AJKT di dalam pilihanraya cawangan sesi ini berdasarkan Fasal 27, Perkara 2 (b) Berdasarkan Fasal 28 Perkara 1 (d), seramai 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan lelaki dan 2 (dua) orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan wanita yang telah dikekalkan untuk sesi pentadbiran seterusnya, adalah secara automatik terkeluar daripada proses pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN

Cawangan.

 

Akhir kata, kami mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya buat keempat – empat AJKT yang terpilih untuk terus mengemudi bahtera PCI serta menjaga kebajikan semua ahli PCI pada sesi akan datang dan membawa perubahan yang selari dengan perubahan masa yang akan dapat memberi kebaikan pada ahli. Semoga keputusan yang dibuat ini memberi kebaikan kepada ahli PCI dan dipermudahkan serta mendapat rahmat dan keampunan daripada Yang Maha Agung.

 

Sekian, terima kasih.

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“PCI Di Hati Kami”

 

ptp

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Khairul Anuar Bin Bahrim

Pengerusi,

PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2016/2017.

 

 

Untitled-1

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Nurfaezah Binti Amat Ariff

Timbalan Pengerusi,

PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2016/2017.

 

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :