بسم الله الرحمن الرحيم

 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

Berkata Imam Ibnu Taimiyah Rahimahullahu Ta’ala,

 

“Wajiblah diketahui bahawa mentadbir urusan muslimin, merupakan kewajipan agama yang paling besar. Malah urusan agama dan dunia tidak dapat akan dilaksanakan tanpaNya. Sesungguhnya kemaslahatan keturunan Adam tidak akan sempurna melainkan dengan perkumpulan, di mana sebahagiannya berhajat kepada bantuan sebahagian yang lain. Apabila mereka berhimpun, mereka perlu kepada seseorang yang memimpin.”

 

Semakin lama hari berlalu, semakin hampir kita ke penghujung sesi pentadbiran persatuan. Sehubungan dengan itu, kami mewakili pihak Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan Iskandariah (PCI) telah berbincang dan membuat keputusan untuk melantik Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) bagi pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan Iskandariah bagi sesi 2017/2018.

 

Hal ini bertepatan dengan tugas penasihat seperti yang termaktub dalam Perlembagaan PERUBATAN merujuk pada Perkara 5 (b), Fasal 30, Bab Keempat, telah memperuntukkan bahawa; “Melantik Jawatankuasa Pilihanraya Cawangan (JPC) untuk pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan.”

 

Maka dengan itu, pihak Lembaga Penasihat PCI telah berbincang dan bersepakat untuk melantik saudara Mohamad Thahir bin Mohamad Zin, mahasiswa perubatan tahun 6 selaku Pengarah JPC 2016 dan saudari Nur Aina Izzati binti Zakariah, mahasiswi perubatan tahun 4 selaku Timbalan Pengarah JPC 2016.

 

Kami berharap agar keputusan yang bakal dibuat oleh pihak JPC Iskandariah kelak akan memberi manfaat kepada seluruh warga PCI. Moga urusan ini dipermudahkan dan diberkati Allah swt.

 

Sekian, terima kasih.

 

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”.

 

penasihat

 

 

 

 

 

 

 

 

Syed Hamimie Firdaus Bin Syed Mohamad,

Ketua Lembaga Penasihat,

PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2016/2017.

 

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :