Iskandariah, Oktober 18 – Telah berlangsung Pilihan Raya Umum mahasiswa/wi Fakulti Pergigian kali ke-5 (PRUDent 5.0) yang diadakan di Dewan Lotfy, Fakulti Pergigian. PRUDent telah melibatkan semua batch yang telah memilih calon Ketua Batch dan Timbalan Ketua Batch masing-masing.

 

PRUDent telah dirasmikan oleh Encik Faizal bin Mohamed Bashir seterusnya memberi sedikit ucapan perasmian. Majlis ini turut dihadiri saudara Nazimal Fikry bin Mah Ali, Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN dan saudari Nurfaezah binti Amat Arif selaku Timbalan Pengerusi PERUBATAN Cawangan Iskandariah sesi 2016/2017.

 

Seterusnya, para calon memberikan manifesto masing-masing dan turut didengari oleh seluruh mahasiswa/wi yang hadir. Ahli batch telah membuang undi serta memilih calon yang mereka rasakan layak untuk membimbing batch mereka pada sesi kali ini adalah :

Tahun 1 : Mohd Farid Irsyad bin Mohd Yunus dan Nazleen Diana binti Ismail

Tahun 2 : Irfan Khalis Arif Kamalzee dan Nur Izzati ibni Hajar

Tahun 3 : Anwar Syafiq bin Aisai dan Nurul Aqilah binti Baharu

Tahun 4 : Dzariff Dzauddin bin Sabaruddin dan Nur Aqilah binti Khiruddi

Tahun 5 : Khairul Anwar bin Azmi dan  Intan Sufieyana binti Roslin

 

Tahniah dan takziah diucapkan kepada barisan kepimpinan ketua dan timbalan batch mahasiswa/wi pergigian sesi 2016/2017. Semoga amanah yang diberikan dapat dijalankan dengan sebaik mungkin.

Disediakan oleh,

Nur Haliayatul Shawani bt Abd Goni,

Unit Liputan dan Hebahan,

Biro Penerbitan dan Penerangan 2016/2017.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :