PERUBATAN Cawangan Iskandariah telah bergerak separuh penggal bagi sesi 2016/2017 ini dengan berusaha sehabis baik menjalankan segala pembawaan yang telah digariskan. Laporan dibawah merupakan gerak kerja yang telah dicapai oleh beberapa Jabatan dan Biro yang terpilih iaitu, Majlis Pengerusi dan Timbalan Pengerusi (PTP) , Jabatan Bendahari (JB), Biro Akademik(BCAD), dan Biro Kebajikan(BCARE).

 

  1. Majlis Pengerusi dan Timbalan Pengerusi (PTP )

 

PTP banyak menguruskan urusan yang berkaitan dengan hubungan luar seperti perjumpaan bersama wakil universiti, perjumpaan bersama Ust Ahmad Sofi Bin Abdullah, Pegawai MARA Timur Tengah, dan menyambut delegasi-delegasi yang bertandang ke Iskandariah. Sepanjang bulan Mac sehingga September ini, beberapa perjumpaan rasmi telah diadakan dengan pihak universiti mengikut fakulti masing-masing.

 

Fakulti Perubatan bersama Dr Hala Maklad : 8 kali

Fakulti Pergigian bersama Dr. Nevine Shawky: 6 kali

Fakulti Farmasi Dr Alaa: 2 kali

 

Perjumpaan -perjumpaan yang diadakan bertujuan untuk membincangkan perihal pelajar-pelajar seperti akademik pelajar, isu fail, pembayaran yuran, sistem pembelajaran dan cadangan penambah baikan kepada pihak universiti, dan apa jua permasalahan yang berlaku dalam kalangan pelajar selain perbincangan berkenaan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan bersama.

 

Unit khas yang berada di bawah PTP adalah Jawatankuasa Keselamatan dan Sosial Islam(JAKSI)  dan Unit Bait Muslim (UBM). JAKSI telah berjaya mengadakan program Multaqa’ Daie yang telah mengumpulkan semua sahabat JAKSI dan memberi beberapa pengisian berkenaan dengan amar makruf nahi mungkar. Selain itu, JAKSI juga sentiasa cakna dengan hal-hal yang berkaitan dengan keselamatan para pelajar seperti menerima aduan kes-kes yang berlaku seperti kecurian dan pecah rumah dan memberi peringatan berkenaan dengan hal ini dari semasa ke semasa.

 

Unit Bait Muslim setakat ini belum dapat bergerak dengan sepenuhnya disebabkan beberapa permasalahan yang berlaku seperti kekurangan pasangan yang sudah berkahwin untuk menjadi penggerak UBM ini.

 

  1. Jabatan Bendahari (JB)

 

Jabatan Bendahari merupakan antara nadi terpenting PERUBATAN Cawangan Iskandariah (PCI).  Jabatan ini bertugas mengurus tadbir aset dan kewangan persatuan, memastikan kelangsungan sumber dana persatuan serta menguruskan urusan yuran tahunan dan wang riba.  Jabatan Bendahari bergerak melalui empat unit utama iaitu Unit Tabung Riba, Unit Dana, Unit Aset dan Unit Promosi.

Sepanjang pergerakan bagi separa sesi awal 2016/2017, Jabatan Bendahari telah berusaha mencapai objektif yang digariskan melalui pergerakan unit-unit dibawahnya. Unit Tabung Riba’ telah bergerak dengan aktif pada sesi ini dengan jumlah kutipan yang berjaya dikumpul dari bulan Mac sehingga bulan September 2016/2017 adalah sebanyak LE64,588 dan USD10 melalui bendahari batch, booth yang dibuka di tafaqquh dan juga Kempen Zero Riba’ yang dilaksanakan pada 19-26 Jun yang lalu. Usaha meningkatkan kesedaran ahli dalam membersihkan akaun dari riba’ ternyata memberi manfaat apabila riba’ tersebut telah berjaya disalurkan kepada Fakulti pergigian, ‘Head and Neck Department’ dan aset BPP (kamera) yang menelan sebanyak LE54,182.5 secara total. Saluran ini bukan sahaja memberi manfaat kepada hospital malah dikongsi bersama mahasiswa, pergerakan biro dan masyarakat setempat. Tidak terhenti di situ, usaha ini akan digiatkan dengan perancangan Kempen Zero Riba’ 2.0 dan beberapa saluran yang masih dalam perbincangan.

Di samping itu, unit dana PCI atau lebih dikenali sebagai Fund Corps telah memulakan usaha pencarian dana sejak bulan Mei dengan mensasarkan sebanyak LE35,000.00 sebagai target bagi sesi kali ini. Sebanyak 146 mahasiswa telah mendaftar sebagai ahli FC dengan target minimum seorang RM120.00. Fasa pengumpulan bagi dana akan bermula pada bulan November dan makluman akan disampaikan dari semasa ke semasa. Jabatan Bendahari juga sangat menitikberatkan keperluan ahli dalam urusan peminjaman, oleh itu satu promosi aset telah diselaraskan bagi semua biro untuk memudahkan ahli dalam meminjam aset melalui senarai tersebut. Malah, pemusatan dan label aset 1.0 juga telah dilaksanakan pada bulan Mei agar seluruh aset PCI diurus dengan baik.

 

  1. Biro Akademik

 

 

 

  1. Biro Kebajikan (BCARE)

 

Seperti yang sedia maklum, gerak kerja utama bagi Biro Kebajikan adalah menjaga kebajikan ahli, menguruskan duit Tabung Kasih Sayang (TKS) dan PERUBATAN for Peace and Care (PEACE).

 

Sepanjang bulan Februari sehingga Oktober, PEACE telah berjaya mengadakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan sama ada berbentuk mega atau kecil-kecilan. Antara aktiviti mega yang  telah berjaya dilakukan adalah seperti Konsert HOPE, Syantah Ramadan dan Maidah Rahman di kawasan perkampungan arab (Karamella). Manakala aktviti yang berskala kecil adalah seperti ‘Homeless Hunt’, ‘Street Sadaqah’, dan Wacana yang hanya melibatkan aktivis PEACE. Pada tahun ini, seramai 101 ahli telah berdaftar sebagai aktivis PEACE. Melalui program Bakti Siswa: Kampung Kita, Karamella iaitu sebuah perkampungan arab di Mandarah secara rasmi telah dijadikan sebagai kampung angkat para pelajar Malaysia. Hasil lukisan mural yang melambangkan kesatuan Mesir dan Malaysia telah mendapat sambutan oleh warga kampung tersebut.

 

Selain PEACE, Biro Kebajikan juga bertanggungjawab dalam menguruskan kewangan TKS. TKS adalah satu medium untuk membantu ahli PERUBATAN yang mengalami kesempitan wang atau ditimpa musibah.  Sehingga bulan Oktober, Unit TKS telah mengeluarkan sebanyak LE2,025 untuk Skim Sumbangan Umum,  LE6,150 untuk Skim Sahabat TKS dan LE6,300 untuk Skim Pinjaman. Bagi menambahkan lagi dana kutipan TKS, Unit TKS telah mengadakan program ‘TKS Badminton Open’ pada bulan Mei lalu dan telah berjaya mengumpulkan duit sebanyak LE2888 daripada program tersebut. Pada bulan September pula, telah diadakan program BCARE’s Kitchen bagi menyediakan makanan untuk ahli yang mengulang peperiksaan pada musim panas. Pada tahun ini, kutipan TKS berjalan serentak dengan kutipan yuran PERUBATAN dengan nilai sebanyak LE25 bagi ahli yang tiada tajaan dan LE30 untuk ahli yang ada tajaan.

 

Segala sokongan daripada semua pihak secara langsung atau tidak langsung bahkan cadangan mahupun muhasabah sangatlah dialu-alukan dan didahului dengan jutaan terima kasih. Semoga segala usaha yang dijalankan akan terus memberi manfaat kepada semua khusus buat mahasiswa PERUBATAN Cawangan Iskandariah, kita keluarga PERUBATAN.

 

Disediakan oleh,

Biro Penerbitan dan Penerangan,

PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2016/2017.

 

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :