Segala puji bagi Allah pemilik dan penguasa sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan besar nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam serta seluruh ahli keluarga dan sahabat baginda. Mudah-mudahan kita akan dihimpunkan bersama-sama dengan mereka serta digolongkan dalam golongan orang-orang yang soleh di hari akhirat nanti, Amin.

 

ان الله يحب اللذين يقاتلون في سبيله الصفا كانهم بنيان مرصوص

“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang di jalan Allah dalam satu saf (barisan) yang teratur seperti satu binaan yang kukuh.”

(Surah as-saf  ayat 3)

 

Sebagaimana yang telah maklum, bagi memperkukuh gerak kerja di peringkat organisasi batch, maka PERUBATAN Cawangan Iskandariah melalui Lembaga Penasihat cawangan telah melantik penasihat di setiap batch. Ini bertujuan untuk membantu serta memberikan pandangan dan berkongsi idea agar organisasi batch dapat bergerak dengan lebih baik dan bermatlamat.

 

Selain itu, penasihat juga berperanan untuk menjaga kebajikan serta memberikan kefahaman Islam yang jelas kepada setiap ajk batch yang dilantik agar mereka terus bersemangat untuk menggerakkan batch masing-masing.

 

Pelantikan penasihat batch dilakukan bertepatan dengan kenaikan organisasi yang baharu, justeru sebagaimana yang sedia maklum, pilihan raya bagi organisasi batch akan diadakan tidak lama lagi. Oleh yang demikian, di sini akan diumumkan barisan penasihat organisasi batch yang baharu;

Tahun 1: Khairul Anuar Bin Bahrim & Nur Syahidah Binti Zulkefflie

Tahun 2: Omar Nuruddin Bin Zahari & Nur Izzati Binti Khlidi

Tahun 3 & 4: Syed Hamimie Firdaus Bin Syed Mohamad & Farah Aisyah Binti Ahmad

Tahun 5: Abby Rahman Bin Irsal Usnur & Nor Azifah Binti Zakaria

Tahun 4 & 5 (pergigian sahaja): Abdullah Huzaifah Azwira & Aisyah binti Hasshim

Tahun 6: Ikmal Hakim Bin Ahmad Farid & Nadia Nabila Binti Afandi

 

Bagi tahun 1-3 medik dan pergigian, barisan penasihat batch akan diwakili oleh dua orang penasihat dari jurusan medik dan pergigian yang akan bertindak sebagai penasihat bagi batch medik dan pergigian pada setiap tahun. Adapun penasihat bagi batch tahun 4 medik digabungkan bersama tahun 3 melihat kepada bilangan batch yang kecil. Selain itu, dua orang penasihat dari jurusan pergigian dilantik bagi tahun 4&5 pergigian. Semoga usaha yang kecil ini dapat mengeratkan hubungan pelajar jurusan perubatan dan pergigian dalam bersama-sama mengambil cakna kebajikan antara satu sama lain.

 

Tahniah dan takziah diucapkan kepada barisan penasihat yang baharu. Semoga semua penasihat yang baharu ini dapat membentuk dan menjalinkan satu bentuk kerjasama yang baik dengan setiap batch agar kejayaan dapat dipacu terutama dalam aspek akademik dan sahsiah.

 

Bagi barisan penasihat yang lepas, kami di Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan Iskandariah ingin memberikan sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala usaha dan penat lelah kalian. Hanya Allah jualah yang mampu membalasnya.

 

Sekian, terima kasih

“Pemimpin Rabbani, Penerus Legasi”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”

 

penasihat

 

 

 

 

 

 

 

 

Syed Hamimie Firdaus bin Syed Mohamad

Ketua Lembaga Penasihat Cawangan,

PERUBATAN cawangan Iskandariah 2016/2017.

 

 

penasihat2

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Nur Zakiah binti Zahari,

Timbalan Ketua Lembaga Penasihat Cawangan,

PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2016/2017.

 

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :