PERUBATAN kecil

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala puji dan syukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih diberi kesempatan pada hari ini untuk mengecapi nikmat iman dan Islam. Selawat dan salam juga ke atas junjungan Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Bermulanya sesi pengajian baharu, maka akan berlangsung fasa kutipan yuran PERUBATAN bagi PERUBATAN Cawangan Iskandariah (PCI) dibawah kelolaan Jabatan Bendahari.

Seperti yang termaktub dalam perlembagaan PERUBATAN Fasal 8, Perkara 1 yang menyebut;

“Setiap ahli perlu membayar yuran pendaftaran keahlian sebanyak 5 (lima) Egyptian Pound dan yuran tahunan sebanyak 20 (dua puluh) Egyptian Pound.”

 

Hasil kutipan yuran ini akan digunakan bagi menampung perbelanjaan tahunan PERUBATAN Cawangan Iskandariah  dan PERUBATAN. Diingatkan bahawa ahli yang berjaya membayar yuran sahaja yang layak mengundi dan menghadiri Mesyuarat Tahunan PERUBATAN Cawangan dan Mesyuarat Agung PERUBATAN.

Dengan ini diumumkan bahawa fasa kutipan yuran bagi PERUBATAN Cawangan Iskandariah akan berlangsung pada

  1. 8/10/2016-20/10/2016 bagi jurusan pergigian
  1. 22/10/2016-4/11/2016 bagi jurusan perubatan dan farmasi.

Bayaran akan dipungut oleh Bendahari Batch sepanjang fasa kutipan berlangsung. Setiap pembayaran akan disertakan dengan pemberian resit bayaran.

Segala bentuk kerjasama kami dahulukan dengan ucapan terima kasih. Semoga keterlibatan semua ahli dapat memberi manfaat yang lebih besar dalam menggerakkan PERUBATAN Cawangan Iskandariah yang tercinta.

 

Siiru ‘ala barakatillah.

Sekian, terima kasih.

 

“Pengurusan Kewangan Berkualiti, Kredibiliti PERUBATAN Diperakui”

“Ilmuan Berbakti, Teguh Sehati”

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

dsc00066

 

 

 

 

 

 

 

 

Mohamad Shairul Aiman bin Che Abd Aziz,

Bendahari,

PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2016/2017

lina

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Nur Lina Izzati binti Ruslan,

Timbalan Bendahari,

PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2016/2017.

 

 

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :