tumblr_nj3t3ifson1qapk2qo1_500

Derma ialah sumbangan ikhlas daripada seseorang untuk diberikan kepada seseorang yang lain. Ianya merupakan satu bentuk hibah yang paling banyak dilakukan oleh umat Islam. Menurut Kamus Dewan, derma diertikan sebagai bantuan yang berupa wang dan diertikan sebagai pemberian yang ikhlas. Hibah dalam bentuk derma sangat penting dan sangat digalakkan sehingga Allah menjanjikan keuntungan  atau pahala 700 kali ganda.

Menderma dalam konsep Islam bukan sekadar membantu golongan miskin dan mereka yang memerlukan, malahan kita juga boleh menderma wang tersebut untuk membiayai sesuatu untuk kegunaan semua . Hal ini boleh direalisasikan melalui terjemahan wang yang ingin diinfaq dalam bentuk benda yang boleh digunakan oleh orang ramai di mana aliran pahala yang berterusan akan kita peroleh walaupun setelah meninggal dunia.

Di samping memastikan keperluan diri sendiri, maka sangat digalakkan untuk kita berkebajikan sesama komuniti kita. Lihat sahaja di lapangan Mesir, khususnya Iskandariah, PERUBATAN Cawangan Iskandariah telah menyediakan medium-medium khusus bagi memudahkan kita untuk menginfaqkan wang agar wang kita boleh disalurkan pada tempat-tempat yang dapat memberi manfaat kepada mahasiswa secara umumnya tanpa menafikan cabang-cabang lain yang tersedia untuk ahli berinfaq di bumi Mesir ini.

  • Sistem Infaq Berunit (SIB) – bagi membiayai sewa Teratak Iskandar
  • Fund Corps – sumber dana PCI untuk segala keperluan dan kebajikan ahli PCI serta pembiayaan program yang diadakan sepanjang tahun.
  • Yuran tahunan ahli PCI – untuk disalurkan kepada program-program batch mahupun program PCI yang dikembalikan manfaatnya kepada ahli PCI
  • TKS – merupakan salah satu mekanisma PERUBATAN untuk membantu ahli-ahlinya dari segi kewangan.

Setiap manusia dikurniakan dengan sifat insani seperti keinginan untuk mengambil berat, membimbing, menunjuk ajar, membelai, menyayangi dan disayangi, menghargai dan dihargai serta bekerjasama. Oleh itu, menderma adalah satu medium yang sesuai untuk mempraktikkan apa yang dituntut oleh Islam dan memainkan peranan dengan menghulurkan derma kepada yang memerlukan.

a-good-deed-brings-light

Kebaikan menderma:

  • Dapat menyucikan harta
  • Dapat membantu golongan fakir
  • Mewujudkan kasih sayang
  • Menjadikan harta lebih diberkati dan diperluaskan pintu rezeki.

Kemuliaan orang yang menderma:

  • Menjadi penaung di padang mahsyar akhirat kelak.
  • Diringankan hisab di akhirat
  • Ditambah berat timbangan amalan kebaikan di akhirat.
  • Memudahkan laluan di titian siratul mustaqim.

Seringkali kita melihat apa yang diperoleh menjadi milik kita sedangkan apa yang dihulur jualah menjadi hak kita yang kekal di akhirat kelak. Maka, maka sebahagian daripada ahli komuniti seperti kalian khususnya daripada Jabatan Bendahari menyeru agar ahli-ahli PCI bermurah hati menginfaqkan wang kalian bagi melancarkan segala urusan di samping mentarbiyah diri untuk menjadi seorang doktor Muslim yang sejati.

Disediakan oleh:

Nur Awatif Ulya,

Unit Promosi JB PCI 2016/2017

 

 

 

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :