Karamella, 2 September – Telah berlangsung program BAKTI SISWA: KAMPUNG KITA di sebuah perkampungan arab, Karamella yang disertai seramai 40 orang aktivis PERUBATAN for Peace and Care (PEACE) dibawah kelolaan unit khas Biro Kebajikan iaitu PEACE dengan kerjasama program Sambutan Hari Raya Aidiladha (SAADAH) 2016.

Program khidmat masyarakat ini dijalankan bertujuan menyantuni masyarakat setempat di perkampungan tersebut selain menyampaikan sedikit sumbangan pakaian yang telah disumbangkan oleh ahli PERUBATAN Cawangan Iskandariah.

Antara aktiviti yang telah dilakukan adalah :

1. Membersihkan masjid dan kawasan sekitarnya.

2. Mengutip dan membersihkan sampah di lorong-lorong utama di perkampungan tersebut.

3. Lukisan mural sebagai tanda simbolik perkampungan ini dijadikan perkampungan angkat PCI.

4. Penyerahan sumbangan pakaian kepada penduduk setempat.

1

 

Para aktivitis juga dilihat bersemangat dan komited dengan aktiviti yang dijalankan. Selain daripada itu, penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat setempat tentang kebersihan terutama dalam kalangan kanak-kanak juga cuba dilaksanakan.

Aktivitis bersama kanak-kanak dilihat berganding bahu membersihkan kawasan setempat dengan mengutip sampah disamping memberikan nasihat dan kata-kata hikmah berkenaan dengan kepentingan menjaga kebersihan kepada penduduk di sekitar seperti :

النظافة من الإيمان

Kebersihan sebahagian daripada iman

الله جميل ويحب الجمال

Allah itu cantik dan sukakan kecantikan

النظافة القرية مسؤوليتي

Kebersihan kampung, tanggungjawabku

Program ini akhirnya sampai ke penghujung apabila lukisan mural yang tertulis:

“مصر و ماليزيا ايد وحدا”  yang bermaksud Mesir dan Malaysia adalah satu, berjaya disiapkan oleh para aktivis yang bertungkus lumus sejak awal program lagi. Kecantikan dan kekemasan lukisan tersebut mendapat pujian daripada masyarakat setempat dan mereka mengharapkan pelajar-pelajar Malaysia akan lebih kerap untuk menziarahi mereka di sini.

Sekalung penghargaan buat ahli jawatankuasa program yang bertungkus lumus bagi menjayakan program ini dan juga ucapan terima kasih kepada para aktivitis yang sanggup meluangkan masa untuk menyertai program pada kali ini. Semoga aktiviti khidmat masyarakat ini sedikit sebanyak dapat menyuntik kesedaran dalam diri para aktivis akan kepentingan menyantuni dan meyumbang bakti kepada masyarakat setempat.

 

#PEACEALEX

#SAADAH1437H

Disediakan oleh,

Mohamad Amirul Shahril bin Ahmad

Ketua Biro Kebajikan

PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2016/2017.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :