بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pada sesi ini, Unit Research and Development (R&D) membahagikan gerak kerja PERUBATAN Cawangan Iskandariah kepada 3 elemen utama :

  1. Pembawaan
  2. Jabatan, Biro dan Unit Khas
  3. Program

Oleh yang demikian prestasi gerak kerja PERUBATAN Cawangan Iskandariah akan dinilai berdasarkan 3 aspek utama ini. Antara metod yang digunakan bagi mengukur prestasi gerak kerja pada sesi ini ialah :

  1. Evaluasi Pembawaan oleh Majlis Tertinggi PERUBATAN Cawangan Iskandariah serta AJKT setiap 4 bulan bagi mengetahui tahap pelaksanaan pembawaan sepanjang sesi pentadbiran.
  2. Evaluasi Kertas Kerja Dasar Jabatan, Biro dan Unit Khas oleh AJKT dan Pengarah Unit Khas setiap 4 bulan bagi mengetahui pencapaian Key Performance Indicator (KPI).
  3. Maklumbalas dari ahli PERUBATAN Cawangan Iskandariah melalui borang atas talian Retrospect and Recharge (RnR) bagi mendapatkan prestasi umum pembawaan, jabatan/biro dan program.
  4. Evaluasi program melalui Penilaian Prestasi Program oleh Ex-Officio Program bagi mengetahui prestasi program mega yang dijalankan sepanjang sesi pentadbiran
  5. Pelaksanaan cadangan dan pengurangan pengulangan muhasabah yang disampaikan oleh ahli sama ada di dalam Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC), Alexandria Complaint Centre (ACC) ataupun maklumbalas yang dijalankan dari semasa ke semasa.

Berikut merupakan laporan penuh bagi ketiga-tiga elemen gerak kerja PERUBATAN Cawangan Iskandariah sehingga bulan Julai 2016 untuk bacaan atas talian:

https://drive.google.com/open?id=0B7VJuXJrQkVLWjNiaTZ1NWRwdms

laporan prestasiTerima kasih kepada semua yang terlibat dalam proses penilaian prestasi gerak kerja ini sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Bagi setiap maklumbalas sama ada berbentuk cadangan dan muhasabah yang pihak R&D jalankan dari semasa ke semasa, pihak pimpinan sudah sedia maklum dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya.

“Sesungguhnya Allah sangat suka bahkan cinta jika seseorang daripada kamu apabila melakukan kerja maka dia bekerja dengan tekun.” (Riwayat Baihaqi)

Disediakan oleh :

Unit Research and Development (R&D),
Naib Pengerusi,
PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2016/2017.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :