إن الحمد لله، نحمدُه ونستغفره ونستعينه ونستهديه ونعوذُ بالله من شرورِ أنفسنا ومن سيئاتِ أعمالنا، من يهْدِ اللهُ فلا مضِلَّ له ومن يضلل فلا هادي له. وأشهد أنْ لا إله إلا اللهُ وحده لا شريك له وأشهد أنَّ محمداً عبدُه ورسولُه، بعثه اللهُ رحمةً للعالمين هادياً ومبشراً ونذير

Rentetan daripada makluman awal perpindahan lokasi teratak dalam kenyataan rasmi pada 8 Jun yang lalu, beberapa perkara yang tidak diduga telah berlaku. Benarlah bahawa manusia hanya mampu merancang sedang Allah jualah sebaik-baik Perancang.

Bermula daripada makluman awal tersebut, pencarian lokasi baru teratak telah bermula beserta persiapan mengemas barang-barang untuk perpindahan. Namun pada 9 Julai yang lalu, perjumpaan bersama tuan rumah Teratak yang pada awalnya ingin meminta untuk dipanjangkan tempoh sebelum berpindah telah bertukar kepada keizinan tuan rumah untuk terus menggunakan teratak sebagai markas dengan beberapa syarat agar masalah yang terjadi sebelum ini tidak berulang lagi.

Antara syarat-syarat yang disepakati bersama :
1. Mengawal suara dan memastikan pintu ditutup sewaktu program atau mesyuarat diadakan.
2. Kasut-kasut diletak di dalam rumah dan disusun dengan baik.
3. Sebarang aktiviti, program atau mesyuarat hendaklah berakhir sebelum jam 10.30 malam.
4. Memastikan pintu pagar di bawah imarah ditutup semula sewaktu keluar setelah selesai program diteratak.

Namun setelah mendapat kata dua daripada tuan rumah untuk kekal menggunakan teratak sebagai markas, satu Mesyuarat Khas telah diadakan pada 13 Julai yang melibatkan semua AJKT PERUBATAN Cawangan Iskandariah yang berada di Iskandariah bagi membincangkan kelebihan dan keburukan samada kekal di lokasi teratak sekarang atau berpindah. Pada akhirnya hasil keputusan Mesyuarat Khas tersebut adalah semua ahli mesyuarat bersepakat untuk tetap kekal di lokasi Teratak sekarang dan tidak berpindah.

Justeru itu, gotong royong di teratak untuk menyusun aset seperti keadaan asal telah dijalankan supaya Teratak dapat digunakan seperti sediakala bagi menjamin kelangsungan segala aktiviti ahli. Diharapkan agar semua ahli PERUBATAN Cawangan Iskandariah dapat bersama-sama menggunakan teratak dengan sebaiknya dan dapat mematuhi syarat-syarat diatas untuk kebaikan kita bersama.

Sekian, terima kasih.

Biro Perumahan.
Perubatan Cawangan Iskandariah 2016/2017.

 

“Together We Unite to Serve Community”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

bhome1

 

 

 

 

 

 

 

 

Muhammad Naqib bin Johari

Ketua Biro Perumahan

PERUBATAN Cawangan iskandariah 2016/2017.

 

bhome2

 

 

 

 

 

 

 

 

Mirza Aqilah binti Ahmad Murat

Timbalan Biro Perumahan

PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2016/2017.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :