إن الحمد لله، نحمدُه ونستغفره ونستعينه ونستهديه ونعوذُ بالله من شرورِ أنفسنا ومن سيئاتِ أعمالنا، من يهْدِ اللهُ فلا مضِلَّ له ومن يضلل فلا هادي له.  وأشهد أنْ لا إله إلا اللهُ وحده لا شريك له وأشهد أنَّ محمداً عبدُه ورسولُه، بعثه اللهُ رحمةً للعالمين هادياً ومبشراً ونذير

 

Segala puji bagi Allah yang masih mengurniakan kepada kita peluang untuk hidup di bulan Ramadan Al Mubarak  pada tahun ini.

 

Dukacita dimaklumkan bahawa markas PCI (TERATAK ISKANDAR) sekali lagi terpaksa berpindah atas sebab-sebab tertentu. Antaranya adalah:

 

  1. Aduan daripada penduduk bangunan tersebut mengatakan bahawa mahasiswa, ahli kurang mengawal suara ketika menggunakan teratak sehingga mengganggu ketenteraman jiran
  2. Kasut-kasut yang tidak tersusun dengan baik.
  3. Aktiviti ahli di teratak berakhir terlalu lewat (12am-1am) dan pintu pagar tidak ditutup semula semasa lewat malam.
  4. Syarikat tenaga elektrik yang akan mengenakan denda bayaran elektrik yg tinggi kerana rumah yang digunakan tidak sepatutnya dijadikan tempat perkumpulan orang ramai.

 

Perjumpaan bersama tuan rumah telah diadakan untuk membincangkan perkara ini pada 2 Jun yang lepas. Namun, hasil perbincangan menyatakan bahawa Teratak Iskandar terpaksa berpindah selepas Hari Raya Aidilfiltri yang akan datang.

 

Maka berikutan itu pencarian teratak baru akan bermula daripada sekarang. PERUBATAN Cawangan Iskandariah amat memerlukan agar semua ahli PCI dapat bersama turut serta dalam proses mencari rumah sewa baru yang boleh digunakan sebagai Teratak/Markas yang baru. Antara kriteria rumah yang digariskan sebagai sesuai dijadikan teratak baru ialah :

 

  1. Terletak di antara kawasan Syatby ke Ibrahimiyyah.
  2. Berharga tidak melebihi EGP 2.5k sebulan.
  3. Rumah di tingkat aras bawah sehingga tingkat 3.
  4. Lebih baik jika hanya 1 rumah pada 1 tingkat.
  5. Ruang tamu yang luas.
  6. Bilik-bilik yang sesuai untuk penyimpanan aset2 .
  7. Tuan rumah yang tiada masalah rumahnya akan dijadikan Markas/Teratak.

 

Sebarang persoalan boleh diajukan kepada Ketua dan Timbalan Biro Perumahan PCI di nombor-nombor berikut :

  1. Ketua Biro Perumahan

Naqib Johari

(Wa/call) : +201142748898

  1. Timb. Ketua Biro Perumahan

Mirza Aqila Ahmad Murat

(Wa/call) : +201119589136

 

Perihal barang-barang dan aset unit khas telah pun di maklumkan pada ketua biro masing-masing. Pada waktu ini,harap kita semua berdoa agar proses perpindahan kita ini berjalan lancar. PCI juga mengharapkan agar semua ahli dapat menggunakan teratak yang akan datang dengan sebaiknya.

 

Sekian,

Terima Kasih.

 

Biro Perumahan.

Perubatan Cawangan Iskandariah.

 

“Together We Unite to Serve Community”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

 

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

bhome1

 

 

 

 

 

 

 

 

Ketua Biro Perumahan

Muhammad Naqib bin Johari,

PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2016/2017.

bhome2

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Timb. Ketua Biro Perumahan

Mirza Aqila Ahmad Murat,

PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2016/2017.

 

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :