Iskandariah, Jun 17 – Meraih Kasih Ramadan (MEKAR) sebuah program mega dalam bulan Ramadan di bawah kelolaan Ihya Ramadan (IHRAM) yang telah berlangsung dua hari dipenuhi dengan pelbagai pengisian dari jam 6 petang pada hari pertama sehingga ke 5 pagi yang seterusnya yang diadakan di Sutuh Asrama MARA dengan kerjasama Pejabat MARA Timur Tengah. Pengisi yang tidak asing lagi bagi seluruh mahasiswa/wi Mesir, Ustaz Jamiluddin bin Murat telah dijemput khas dari Bumi Tanta

 

Kehadiran ahli ke MEKAR sangat memuaskan dengan tarikan program yang tersendiri seperti pengisian yang menarik, atur cara yang disusun yang mampu menggalakkan ahli bersama-sama melakukan ibadah Qiamulail terutamanya di bulan Ramadan. Ahli bukan sahaja dapat berbuka puasa, bersahur dan solat secara berjemaah malah dapat juga merapatkan ukhwah sesama komuniti kecil Melayu di bumi Iskandariah ini.

 

Setelah mendengar tazkirah petang, ahli yang hadir bersiap sedia untuk berbuka puasa secara beramai-ramai dan juadah berbuka puasa ini disiapkan oleh Ahli Jawatankuasa Pelaksana (AJKP) IHRAM secara bergotong-royong dan begitu juga dengan juadah bersahur. AJKP sangat berdedikasi dan cekap dalam menguruskan program MEKAR ini tanpa menunjukkan sedikit kepenatan dalam diri mereka walhal sehari sebelum program mereka telah penat bersengkang mata untuk menyiapkan juadah kepada ahli yang hadir.

 

Diharapkan program ini bukan terhenti di sini sahaja, ahli dapat terus melakukan ibadah berjemaah di rumah masing-masing bersama ahli rumah di samping dapat mengajak orang lain melakukan kebaikan dan ibadah berlipat kali ganda sempena Ramadan. Semoga usaha keras AJKP dibalas dengan ganjaran setimpalnya serta menjadi satu pemangkin untuk terus membantu mengeratkan ukhawah sesama kita di bumi kinanah ini.

 

 

Disediakan oleh,

Nur Haliayatul Shawani bt Abd Goni,

Unit Liputan dan Hebahan,

Biro Penerbitan dan Penerangan 2016/2017.

 

13441991_10205643648044325_251645486_o

Penyampaian cenderahati buat Ustaz Jamiluddin Murat

 

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :