Iskandariah, Jun 5 – telah berlangsung majlis graduasi bagi mahasiswa/wi fakulti pergigian Universiti Iskandariah yang berlangsung pada 3 Jun yang lalu bertempat di Dewan Arcadia, Hotel Lagoon. Seramai 33 graduan telah berjaya merangkul Ijazah Sarjana Muda Pergigian (BDS) dengan pencapaian yang sangat dibanggakan dan menunaikan tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa/wi.

 

Majlis graduasi ini juga turut dihadiri oleh keluarga dan sahabat handai para graduan disamping para pensyarah , tutor dan bahagian pengurusan fakulti pergigian. Majlis graduasi ini adalah majlis graduasi yang kedua yang meraikan para graduan yang berjaya bersusah payah dalam menempuh pengajian di sini.

 

Menurut salah seorang graduan , Fatin Inani binti Mohd Noh,”Alhamdulillah segala pujian bagi Allah SWT kerana telah mengizinkan kami,pelajar-pelajar tahun 5 Universiti Iskandariah untuk¬† bergraduasi setelah bersusah payah hampir 5 tahun di perantaun. Setiap antara kita ada kisah suka dan duka dalam menghadapi mehnah dunia,tetapi sebenarnya ketetapan Tuhan itu yang terbaik dan penuh dengan hikmah,” kata beliau semasa ditemubual.

 

Tahniah diucapkan kepada para graduan yang berjaya menamatkan pengajian di fakulti pergigian setelah lima tahun di bumi kinanah. Diharapkan para graduan dapat terus menaburkan khidmat di Malaysia kelak sebagai seorang pengamal pergigian muslim yang kompeten.

 

13340501_10205570079165149_173548532_o

 

 

Disediakan oleh,

Nur Haliayatul Shawani bt Abd Goni,

Unit Liputan dan Hebahan,

Biro Penerbitan dan Penerangan 2016/2017.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :