Iskandariah, April 30 – telah berlangsung program Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) yang dianjurkan oleh PERUBATAN Frontliners (PROF) unit khas di bawah Jabatan Setiausaha Agung yang dihadiri oleh semua Majlis Tertinggi Biro, unit-unit khas, Organisasi Batch (OB) dan peserta PROF Akademi bertempat di Pusat Konvensyen , Fakulti Perubatan.

 

“Birokrasi bukanlah menyusahkan ahli tetapi jika kalian memahami dengan betul , sebenarnya birokrasi ini memudahkan kerja kalian kelak,” ujar Pengerusi PCI, saudara Khairul Anuar Bahrim dalam ucapan perasmian KPO pada petang tadi. Sebagai penggerak tidak dapat tidak, kita perlu mengikut panduan dan etika yang disediakan oleh pimpinan agar gerak kerja kita dapat direkod dan menjadi rujukan oleh ahli yang lain pada masa hadapan.

 

KPO juga memberi pendedahan kepada penggerak cara pengurusan sesebuah program dalam PCI khususnya dalam pembentangan penulisan kertas kerja yang betul oleh Naib Pengerusi 2, saudari Nur Fahimah binti C Baharudin. Para peserta juga dapat mempraktikkan cara penulisan ini dalam Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang dibahagikan oleh AJK bertugas.

 

Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada sesi kenaikan OB pada semester hadapan supaya dapat memberi panduan kepada mahasiswa/wi yang masih baharu dalam pengurusan sesebuah program mahupun OB  bagi menguruskan gerak kerja yang lebih sistematik dan professionalisme dengan mengelakkan sebarang pembaziran dari sudut tenaga mahupun masa dan duit seiring menggapai visi PERUBATAN.

 

Dilaporkan oleh,

Nur Haliayatul Shawani bt Abd Goni,

Unit Liputan dan Hebahan,

Biro Penerbitan dan Penerangan 2016/2017.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :