Iskandariah, Mei 8 – telah berlangsung Program Battle of Taakhi (B.e.T) khas buat mahasiswi Iskandariah yang menyaksikan perlawanan bola jaring antara pasukan batch taakhi yang diadakan di Gelanggang Miri di bawah kelolaan Biro Sukan dan Aktiviti Luar. Program ini diadakan bertujuan bagi mengeratkan ukhuwah antara satu sama lain di samping dapat menyihatkan tubuh badan.

Program ini telah berlangsung selama dua hari yang telah bermula sejak semalam yang menyaksikan pertembungan yang sengit antara pasukan batch taakhi Phylox-Exquisitus (PXQ), Stanza Mahabbah-Valiantz (SMV) dan Ace-Ayden (A2) yang menentang antara satu sama lain bagi merebut gelaran Juara. Setiap batch taakhi telah menghantar dua pasukan bagi mewakili batch taakhi masing-masing.

Pertembungan pada hari kedua telah menyaksikan perlawanan yang lebih sengit antara pasukan SMV (A) menentang pasukan PXQ (A) bagi perlawanan pertama dan juga perlawanan antara pasukan SMV (B) menentang pasukan PXQ (B) bagi perlawanan kedua bagi melayakkan diri mereka memasuki perlawanan semi final dan final.

Program seterusnya diteruskan dengan slot bersama Alexandria Medical Team (AMT) yang telah didatangkan khas bagi memberi penerangan tentang rawatan kecemasan ketika bersukan. Para hadirin yang hadir khusyuk mendengar penjelasan dan penerangan yang diberi. Semoga info ini menjadi input yang berguna buat kita semua selaku pelajar jurusan sains kesihatan untuk kita amalkan jika berlaku kecemasan kelak.

Program diteruskan dengan perlawanan semi final antara pasukan PXQ (A) menentang pasukan PXQ (B) bagi merebut tempat Ketiga. Manakala bagi perlawanan final pula, pasukan SMV (A) telah menentang SMV (B) bagi merebut gelaran Juara dan Naib Juara.

Keputusan keseluruhan menyaksikan kemenangan telah berpihak kepada pasukan SMV yang telah membolot gelaran Juara dan Naib Juara B.e.T 2016/2017 sekaligus merangkul anugerah “Best of Taakhi” manakala tempat Ketiga pula menjadi milik pasukan PXQ (B). Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pemenang!

Ucapan sekalung tahniah dan penghargaan turut diucapkan kepada semua pihak yang bertungkus lumus dalam menjayakan Program Battle of Taakhi ini dan tidak lupa juga buat para penyokong yang turut hadir bagi memeriahkan lagi perlawanan dengan sokongan padu buat pasukan batch taakhi masing-masing. Semoga perlawanan ini menjadi satu titik tolak buat mahasiswi Iskandariah untuk lebih mengenali antara satu sama lain serta dapat mengeratkan lagi ukhuwah antara ahli batch taakhi masing-masing. Akhir kata, majulah sukan buat mahasiswi Iskandariah!

Daripada Nu’man Bin Bashir R.A. bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda, “Perbandingan orang-orang mukmin pada kasih sayang mereka adalah seperti satu tubuh badan, apabila satu anggota berasa sakit, seluruh badan akan turut merasainya.”

 

Disediakan oleh,

Rabi’atul Adawiyah Binti Zainal Abidin,

Unit Liputan dan Hebahan,

Biro Penerbitan dan Penerangan 2016/2017.

 

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :