Iskandariah, April 19 – Telah berlangsung kempen Smart Circle (SC), The Odyssey yang bermula pada 8 hingga 28 April dianjurkan oleh Unit Mentor Council, PERUBATAN Cawangan Iskandariah. Pada 15 April yang lalu, telah diadakan fiqh sembelihan di Karamella, Iskandariah dan juga pertandingan Masterchef tetapi pertandingan tidak dapat dijalankan seperti yang dirancang di atas sebab-sebab tertentu.

Para peserta Masterchef berasa kecewa kerana mereka telah menyiapkan kelengkapan memasak untuk menyertai pertandingan tersebut, namun pihak penganjur terpaksa membatalkannya atas beberapa faktor antaranya adalah kekangan masa. Pihak penganjur meminta maaf atas pembatalan pertandingan tersebut dan meneruskan acara yang seterusnya bersama peserta yang hadir dengan acara merewang dan “BBQ” yang lebih merapatkan ukhuwah sesama peserta.

13063836_1103774612995225_433930693_o (1)

Diharapkan agar kejadian sebegini tidak lagi berlaku. Namun demikian, sedikit kekecewaan itu terubat dengan amali sembelihan yang memberi penerangan serta tips dan panduan untuk menyembelih. Seekor kambing berjaya ditumbangkan oleh ustaz manakala ayam disembelih oleh para peserta dengan bimbingan ustaz.

Respon yang baik diterima daripada peserta program tersebut walaupun pembatalan pertandingan Masterchef dan muhasabah dari sudut pengaturan masa perlu diperbaiki. Beberapa komen yang diterima seperti “best” dan berharap agar program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang. Oleh itu, diingatkan kepada penduduk Iskandariah untuk bersama memeriahkan kempen SC  yang sedang berlangsung sehingga penghujung April ini. Jangan lepaskan peluang untuk menyertainya!

Disediakan oleh, Nur Haliayatul Shawani bt Abd Goni,
Unit Liputan dan Hebahan,
Biro Penerbitan dan Penerangan 2016/2017.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :