Iskandariah, 7 April – Telah berlangsung majlis perasmian penutup untuk program Health Week anjuran Health Academy unit khas di bawah Biro Akademik di Pusat Konvensyen Fakulti Perubatan dengan jayanya. Majlis ini diadakan selepas tamat program tafaqquh mingguan PERUBATAN di mana kali ini telah membawa Tafaqquh Edisi Khas dengan tajuk ‘Siwak: Sunnah yang Dilupakan’ yang menjadi program terakhir bagi program Health Week ini. Majlis dimulakan dengan forum yang dibawakan oleh Abdul Latif Nadzir selaku moderator, dan ahli-ahli panel iaitu Ustaz Amirul Fitri dan Abdullah Huzaifah sebelum diteruskan dengan ucapan perasmian penutup oleh Pengarah Health Week serta majlis penyampaian hadiah.

12959335_1169950743065778_1343907231_o

 

12980773_1169950799732439_403530389_o

Ramai mahasiswa/wi yang turut hadir bagi Tafaqquh Edisi Khas dengan tajuk ‘Siwak: Sunnah yang Dilupakan’

Memetik kenyataan Pengarah Health Week, Muhammad Irfan bin Abdul Rahman, “Walaupun ini merupakan kali pertama Health Week diadakan di Iskandariah namun mereka telah menerima kerjasama yang sangat memberansangkan daripada semua pihak. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat serta menjayakan program ini khususnya barisan AJK Tertinggi PERUBATAN serta AJK Pelaksana sendiri.” Program ini telah berlangsung sepanjang tujuh hari dan semua pihak berasa gembira kerana telah menerima sambutan yang menggalakkan dari segi penyertaan dalam program juga pertandingan yang diadakan iaitu Pertandingan Fotografi di Instagram, Pertandingan Menulis Cerpen Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, Pertandingan Status Facebook dan Pertandingan Gambar Batch Terbaik.

 

Pelajar Tahun 4 jurusan perubatan, Nurul ‘Atiqah binti Mokhtar Rijan berkata, tajuk mengenai siwak yang diketengahkan dalam Tafaquh kali ini sangat menarik dan berkesan dan beliau juga memberi sedikit pandangan secara keseluruhan mengenai program Health Week ini. “Program berjalan dengan baik dan AJK juga sangat berperanan. Skill-skill tambahan klinikal dapat diperoleh hasil gabungan Alexandria Medical Team (AMT) dan Alexandria Dental Team (ALDT). Oleh hal yang demikian, usaha perlu diteruskan,” katanya yang ditemui selepas berakhirnya majlis.

 

Kalungan tahniah diucapkan kepada para pemenang dalam aktiviti-aktiviti yang telah dipertandingkan. Tahniah juga diucapkan kepada pihak yang telah menjayakan program ini.

Banyak penyertaan yang diterima oleh pihak penganjur membuktikan bahawa aktiviti ini sememangnya telah menarik perhatian ramai mahasiswa dan mahasiswi di Iskandariah.

Sesungguhnya, ramai pihak yang mengharapkan agar penganjuran Health Week diteruskan lagi secara tahunan pada sesi hadapan.

 

Disediakan oleh,

Amyrah Aina binti Mohd Zamri,

Unit Liputan dan Hebahan,

Biro Penerbitan dan Penerangan 2016/2017.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :