Iskandariah, April 5 – Telah berlangsung program Health Talk yang dibawa khas oleh Alexandria Medical Team (AMT) yang diadakan di Pusat Konvensyen, Fakulti Perubatan, Universiti Iskandariah di bawah kelolaan Biro Akademik.

Pembentangan slot pertama oleh Dr. Sameh Shehata yang membawa tajuk ‘Magical Effect of Healthy Food vs Disaster of Junk Food’ dan slot kedua pula yang bertajuk ‘How to Cope with Stress’ yang disampaikan oleh Dr. Andrew Malak. Slot ini amat menarik kerana telah mengajar kita cara-cara untuk mengawal diri apabila berhadapan dengan emosi yang tidak menentu yang kebiasaannya dihadapi oleh setiap mahasiswa mahasiswi terutamanya ketika berada di tahun klinikal tidak kira jurusan yang diambil.

“Slot kedua amat menarik dan lebih interaktif kerana pembentangan tersebut diselangi dengan video-video yang menarik. Banyak perkara baru yang dapat saya perolehi melalui slot tersebut.”. Kata salah seorang dari pelajar jurusan Farmasi yang turut hadir bagi memeriahkan Program Health Talk tersebut.

Diharapkan agar program ini dapat membuka minda para mahasiswa dan mahasiswi Sains Kesihatan agar lebih menekankan soal pemilihan makanan sihat dengan berusaha untuk mengurangkan pengambilan makanan ringan selain dapat mengawal diri ketika menghadapi tekanan dalam apa jua situasi yang dihadapi dalam kehidupan seharian.

12999669_1170001969727322_703686311_o

12962559_1170002053060647_715488345_o

 

Disediakan oleh,

Rabi’atul Adawiyah Binti Zainal Abidin,

Unit Liputan dan Hebahan,

Biro Penerbitan dan Penerangan 2016/2017

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :