Iskandariah, April 3 – Telah berlangsung Health Academy Open Day yang diadakan semalam di Pusat Konvensyen Fakulti Perubatan sempena Health Week dibawah kelolaan Biro Akademik PCI.

 

“Bilangan pengunjung yang hadir ke open day adalah melebihi sasaran kami apabila kami terpaksa membeli untuk menambah bilangan alat pemeriksaan gigi sebanyak dua kali di farmasi dan alat memeriksa gula dalam darah,” kata salah seorang AJKP Health Week semalam.

 

Tarikan utama open day juga adalah booth derma darah, medical check up dan dental check up. Pameran dan booth permainan juga sangat interaktif dan menarik bagi pengunjung yang hadir dapat bertukar pandangan tentang ilmu yang dipelajari dalam jurusan masing-masing. Pada masa yang sama juga, kita dapat lihat kerjasama dalam kalangan mahasiswa/wi di Iskandariah sangat padu walaupun berlainan jurusan serta sibuk dengan  jadual  pembelajaran di kuliah, namun mereka mampu mengendalikan program ini dengan baik dan lancar. Syabas, AJKP!

 

Diharapkan aktiviti seperti ini menjadi medan mahasiswa/wi sains kesihatan untuk memberi perkhidmatan kepada masyarakat dalam persatuan. Buat ahli jangan lupa untuk menyertai pertandingan dalam Health Week. Banyak hadiah menarik menanti anda dan letakkan #LXUHealthWeek untuk sebarang aktiviti di kuliah, hospital mahupun klinik bagi memeriahkan lagi Health Week yang berlangsung sehingga 7 April nanti.

 

12959348_1163871633673689_719547493_o

Antara peserta yang sedang menjalani proses menderma darah.

 

12967549_1163870877007098_1648310729213991372_o

 

Ramai peserta yang hadir menanti giliran untuk menderma darah.

 

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :