12891630_1147403255320527_3473914558547974233_o

Iskandariah, Mac 21 – Telah berlangsung Majlis Graduasi PERUBATAN Frontliner (PROF) Gen IV Cawangan Iskandariah, PCI yang turut dihadiri PROF Sukarelawan yang telah banyak berbakti kepada PCI mahupun PERUBATAN secara keseluruhannya. Majlis Graduasi ini telah dirasmikan oleh Ustaz Ahmad Sofi bin Abdullah, Pengarah MARA Timur Tengah.

Dengan berlangsungnya Majlis Graduasi PROF Gen IV ini, menandakan telah berakhirnya program PROF untuk sesi 2015/2016. PROF secara amnya telah pun mencapai ke generasi keempat yang telah melahirkan ramai ahli PERUBATAN yang kini menjadi tunggak utama dalam pembangunan PCI itu sendiri. Oleh itu, Majlis Graduasi ini diadakan khusus bagi menyempurnakan adat tamatnya latihan dan aktiviti yang dianjurkan oleh PROF sesi 2015/2016  dengan beberapa penganugerahan seperti :

 

Anugerah Kumpulan Terbaik : Kumpulan Tiga.

Anugerah PROF Akademi Terbaik Lelaki : Nik Haikal bin Nik Soh

Anugerah PROF Akademi Terbaik Perempuan : Nur Wajihah binti Khalipsa

 

Seterusnya, PROF Sukarelawan juga turut hadir bagi memeriahkan majlis graduasi di samping menerima beberapa penganugerahan bagi beberapa kategori yang telah disenaraikan. Senarai penerima anugerah adalah seperti berikut:

 

Ahli Paling Proaktif : Mohd Azri bin Ahmad dan

Nadzirah binti Abdul Aziz

Anugerah Unit Khas Terbaik : Alexandria Photographer Community

Biro Terbaik : Biro Ekonomi

1931462_1147403228653863_4034812786375358318_n

10446501_1147403241987195_6537960613737921350_n

Tahniah diucapkan kepada para penerima anugerah. Diharapkan agar ahli PCI dapat terus menyumbang dalam setiap gerak kerja PCI di samping menjadi mahasiswa mahasiswi yang cakna dan mengambil berat serta saling membantu sesama ahli di bumi kinanah ini.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :