SONY DSC

Perwakilan bertanyakan soalan

 

MTC 8 : Perwakilan Merancakkan lagi Sesi Mesyuarat

Iskandariah, Februari 29 – Telah berlangsung Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) Iskandariah yang diadakan selama dua hari iaitu, pada 27 dan 28 Februari bertempat di Pusat Konvensyen , Fakulti Perubatan.

Para perwakilan hadir pada MTC tahun ini begitu aktif memberi pandangan dan bertanyakan soalan pada setiap sesi soal jawab, muhasabah dan cadangan. Pelbagai jenis soalan menarik yang dikemukakan dan menjadi penyebab ramai perwakilan berfikir dan menjadi indikator untuk terus bertanya kepada pimpinan.Barisan pimpinan menerima muhasabah dengan rendah hati di samping menjawab soalan dengan tenang dan sehabis mampu.

Slot cadangan juga sangat menarik dengan dihujani pelbagai cambahan idea daripada perwakilan yang hadir yang disampaikan terus kepada barisan kepimpinan sesi 2016/2017 yang diketuai oleh pengerusi Khairul Anuar bin Baharim dan Nurfaezah binti Amat Ariff. Ini sangat membuktikan bahawa mahasiswa/wi Iskandariah sangat prihatin akan kebajikan serta cakna tentang isu semasa yang berlaku di Iskandariah.

Diharapkan sesi pimpinan baharu dapat mengemudi PCI ke mercu yang lebih tinggi dengan membawa kebajikan sebagai fokus utama dalam sesi akan datang. Sebagai ahli, kita mestilah bersama dengan kepimpinan dalam membantu keberlangsungan gerak kerja lebih lancar.

Disediakan oleh, Nur Haliayatul Shawani bt Abd Goni,

Unit Liputan,

Biro Penebitan dan Penerangan 2016/2017

PERUBATAN Cawangan Iskandariah.

 

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :