SONY DSC

Pembentangan Usul 1

MTC 8 : 2 Usul diterima dan 1 ditolak

Iskandariah , Februari 29- Telah berlangsung Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) Iskandariah yang diadakan selama dua hari yang mana pada hari kedua telah pun dimulakan dengan pembentangan dan pembahasan usul.

Usul pertama yang dibawa oleh Nur Amalina Allaudeen yang berbunyi , “Merombak semula sub biro dan unit khas di dalam PCI,” mendapat undian majoriti diluluskan seisi dewan. Namun begitu, pelaksanaan usul ini bukan semudah yang difikirkan. Banyak usaha yang perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum mana-mana unit atau unit khas dirombak semula. Pengkajian tentang skop gerak kerja unit-unit akan dilakukan terlebih dahulu. Selepas itu, panel pengkaji dan pihak yang terlibat akan dibawa berbincang sebelum apa-apa keputusan dikeluarkan. Oleh itu, diharapkan pihak yang terlibat untuk berada dalam keadaan tenang dan bersedia apabila dijemput hadir ke perbincangan yang akan diadakan nanti.

Usul kedua pula dilihat begitu penting untuk dijalankan walaupun pada MTC yang lepas sudah ada pembawakan profesionalisme dan biah akademik dalam kalangan mahasiswa. Pengusul begitu tegas dalam membentangkan usul agar diterima dengan majoriti mudah tanpa disangkal oleh perwakilan yang hadir kerana kesedaran mahasiswa/wi Iskandariah melihat kepentingan profesionalisme perlu diterapkan bagi mendidik cara disipilin dan adab dalam menuntu ilmu seterusnya menjadi mahasiswa/wi yang lebih kompeten.

Dukacitanya, usul ketiga yang dibawa oleh saudara Omar Nuruddin telah ditolak kerana perwakilan merasakan terbeban untuk membawa usul ini kepada realiti kerana kondisi bilangan mahasiswa/wi di Iskandariah semakin berkurang bilangannya. Namun begitu, usaha murni dan cetusan idea saudara Omar Nuruddin akan diberi perhatian bagi memantapkan lagi program-program yang melibatkan kesatuan dalam kalangan ahli PCI.

Diharapkan usul yang diluluskan ini akan memberi impak yang positif kepada ahli PCI seterusnya memberi manfaat dan membantu pimpinan untuk berkhidmat bersama ahli demi membina PCI yang lebih fleksibel dan integriti.

Dilaporkan oleh:

Nur Haliayatul Shawani bt Abd Goni,

Unit Liputan,

Biro Penerbitan dan Penerangan 2016/2017

 

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :