Hidup adalah satu perkataan yang sukar diberi definisi . Kerana erti hidup bagi setiap insan penuh variasi .

 

Bagi aku , erti hidup yang sebenar adalah dengan menghidupkan kehidupan insan lain .

Mengukir senyuman pada yang mendambakannya ,

Menyuluh cahaya tika gelapnya ,

Menjadi penghibur tika duka menyapa .

 

Dalam hidup , mungkin ada waktu dan ketika , kau jatuh hingga tak mampu untuk bangkit , hilang entah ke mana  arah tujuan hidupmu . Lalu merasakan kasih sayang tuhan tidak adil untukmu . Saat itu , kau merasakan bahawa tiada siapa yang mengerti apa yang kau lalui . Hidupmu kosong sekosong kosongnya .

 

Tanpa kau sedari ada suatu rasa menyapa di sudut ruang hatimu . Rasa kasih sayang yang mungkin kau cari selama ini . Kasih sayang yang selama ini tidak pernah kau endahkan . Kasih sayang yang selama ini tak pernah putus daripada yang Maha Penyayang .

 

Ruang hatimu tidak lagi dibiarkan tandus gersang . kerana ketenangan yang kau buru selama ini sentiasa wujud di segenap hidupmu . Cuma terhijab dek dosa silam tika tersasar di lembah kegelapan .

 

Jangan pernah kau sangka yang jatuh akan terus jatuh dan yang bangkit akan terus bangkit selamanya . Kerana di setiap langkahmu ada tersembunyi 1001 hikmah yang tak mampu kau singkapi . Mungkin kesenangan yang kau kecapi selama ini adalah ujian buat mu , mungkin juga kejatuhanmu selama ini sebagai permulaan kepada sebuah kejayaan pada masa hadapan kelak .

 

Pasakkan keyakinanmu , teguhkan kepercayaanmu , yakinlah dengan setiap doa yang kau panjatkan . Kerana Allah Maha Mendengar . Kerana takdir itu misteri .

 

Oleh:

Ayfa Ayuni

Tahun Satu, Kuliah Pergigian.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :