سم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

إن الحمد لله، نحمدُه ونستغفره ونستعينه ونستهديه ونعوذُ بالله من شرورِ أنفسنا ومن سيئاتِ أعمالنا، من يهْدِ اللهُ فلا مضِلَّ له ومن يضلل فلا هادي له.  وأشهد أنْ لا إله إلا اللهُ وحده لا شريك له وأشهد أنَّ محمداً عبدُه ورسولُه، بعثه اللهُ رحمةً للعالمين هادياً ومبشراً ونذيراً.  بلّغ الرسالة وأدّى الامانة ونصحَ الأمّةَ فجزاهُ اللهُ خيرَ ما جزى نبياً من أنبيائه. صلواتُ اللهِ وسلامه
عليه وعلى جميع الأنبياء والمرسلين، وعلى صحابته وآل بيته، وعلى من أحبهم إلى يوم الدين

Tahun 2015 menyaksikan dua usul berkenaan alumni diketengahkan di dalam Mesyuarat Tahunan Cawangan PERUBATAN Cawangan Iskandariah dan Mesyuarat Agung Tahunan PERUBATAN. Pada 20 Mac 2015, usul saudara Ahmad Naufal bin Nordin diterima perwakilan yang hadir. Usul beliau setelah pindaan adalah sebagaimana yang berikut :

“MENUBUHKAN PANEL PENGKAJI DALAM MENGGESA PCI DALAM MENGUSAHAKAN KETERLIBATAN GRADUAN MALAYSIA DALAM ALUMNI ISKANDARIAH.”

Pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-11 yang lalu pula,  satu usul yang dibawa oleh Saudari Nurul Akmal bt. Hassan (mahasiswi Pergigian, Universiti Tanta) telah diluluskan.  Matan usul tersebut berbunyi:

“MEWUJUDKAN PANEL PENGKAJIAN PENUBUHAN ALUMNI GRADUAN SAINS KESIHATAN MESIR.”

Sehubungan dengan itu, barisan panel pengkaji usul MAT telah dibentuk di bawah Presiden dan Timbalan Presiden PERUBATAN sesi 2015/2016. PERUBATAN Cawangan Iskandariah menghantar dua orang wakil, seorang mahasiswa (saudara Amir Luqman bin Abdul Aziz) dan seorang mahasiswi (saudari Nur Shaquerin binti Sahuddin) sebagai panel pengkaji usul MAT ke-11. Selepas beberapa siri mesyuarat panel pengkaji usul MAT tersebut, satu panel pengkaji usul alumni MTC pula ditubuhkan.

Panel yang diketuai oleh saudara Amir Luqman dan saudari Nur Shaquerin ini dianggotai oleh 10 orang ahli panel dari Majlis Pengerusi, unit Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) serta wakil mahasiswa tahun akhir jurusan pergigian dan perubatan.

Berdasarkan kajian yang telah dibuat, panel pengkaji berpendapat bahawa ada keperluan untuk menggesa graduan TETAPI, tindakan selanjutnya dan sebarang keputusan/ketetapan bergantung kepada keputusan graduan itu sendiri. Hal ini demikian kerana penubuhan alumni ini adalah bukan di bawah bidang kuasa PCI.

Di peringkat PCI, wakil dari panel pengkaji akan menghubungi wakil di peringkat graduan dan menyerahkan hasil kajian untuk tindakan selanjutnya.

Antara cadangan tindakan susulan dari panel pengkaji yang perlu dimulakan di peringkat graduan adalah :

  • Menubuhkan medium facebook.
  • Menjalankan bancian yang lebih besar dan menyeluruh.
  • Melantik wakil batch (Ketua batch dll) untuk perbincangan selanjutnya.

Sekiranya tiada aral melintang, hasil kajian usul ini akan diberitahu di dalam Mesyuarat Tahunan Cawangan pada 27 dan 28 Februari ini.

Kita merancang, Allah juga merancang. Namun Allah jua sebaik-baik perancang.

Apa jua keputusan dan perancangan graduan Iskandariah dalam penubuhan alumni, sama-sama kita doakan diberkati dan diredhai oleh Allah. Mudah-mudahan kita semua dikurniakan kejayaan, di dunia dan di akhirat.

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ 

Seeru ‘Ala Barakatillah.

#PCIdihatikami
“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

DSC06639
Muhammad Hazmi Al-Wafi bin Abu Bakar,
Naib Pengerusi 1,
PERUBATAN Cawangan Iskandariah,
sesi 2015/2016.

DSC06510
Nur Amalina binti Allaudeen,
Naib Pengerusi 2,
PERUBATAN Cawangan Iskandariah,
Sesi 2015/2016.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :