12669323_1030481570323842_182816229_o

Iskandariah, Februari 6 – telah berlangsung ‘Dental Epilogue’ yang dibawa khas pengisi dari bidang pergigian iaitu, Dr Azman bin Ibrahim yang baharu sahaja selesai berseminar di Kaherah. Kini, beliau pula dijemput ke bumi Mediterranean, Iskandariah untuk bersama memberi sedikit perkongsian bersama mahasiswa/wi yang dianjurkan oleh Alexandria Dental Team (ALDT).

Dr Azman banyak berkongsi tentang kehidupan dan pengalaman beliau ketika belajar di Universiti Baghdad, Iraq dahulu. Sebagaimana yang kita maklum, beliau adalah seorang yang merendah diri dan suka berkongsi pengetahuan beliau dalam bidang kepakarannya iaitu dalam bidang Pakar Pembedahan Pergigian. Mahasiswa/wi yang hadir begitu tekun mendengar perkongsian dan pengalaman yang bakal dihadapi secara realitinya di Malaysia kelak sehinggakan Teratak Iskandar pada hari itu penuh dan meriah.

12669107_1031483796890286_1744386333_o

Semoga perkongsian dari Dr Azman ini dapat memberi manfaat dan memberi serba sedikit gambaran masa depan kepada mahasiswa/wi khususnya mahasiswa/wi jurusan pergigian bagi meneruskan perjalanan yang jauh selepas bergraduasi kelak. Diharapkan program sebegini dapat dianjurkan lagi sekaligus dapat menerapkan biah akademik dalam kalangan mahasiswa.

 

Disediakan oleh,
Nur Haliayatul Shawani bt Abd Goni,
Unit Liputan,
Biro Penerbitan & Penerangan,
PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2015/2016

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :