12562676_1023129171059082_327243236_o

Sumber: Artz Photography

Iskandariah, 20 Januari – Telah berlangsung majlis graduasi bagi meraikan tamatnya lulusan ijazah jurusan perubatan di Universiti Iskandariah bagi batch i-Mumtaz yang diadakan di Dewan Utama Perpustakaan Bibilotheca, Iskandariah.

Pada majlis graduasi ini, turut dihadiri oleh YM TYT Dato’ Ku Jaafar bin Ku Shaari, Duta Besar Malaysia ke Republik Arab Mesir, Ketua Pengarah MARA, Datuk Ibrahim Ahmad, Pengarah MARA Mesir, Encik Ahmad Sofi bin Abdulllah dan Pegawai JPA, Encik Khairi bin Abdullah.

Majlis dihadiri oleh para graduan, ibubapa dan saudara mara bagi menyaksikan majlis gilang-gemilang ini. Majlis dimulakan pada jam 6.30 petang dengan perarakan masuk para graduan ke dalam dewan dengan lengkap berjubah graduasi.

Majlis angkat sumpah diketuai oleh Prof Dr Mohammed Rafik Khalil adalah acara kemuncak yang dinanti-nantikan dimana para graduan mengangkat sumpah sebagai seorang pengamal perubatan. Seterusnya gulungan ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan telah selamat diberikan kepada graduan dan kini tamatlah secara rasminya pengajian selama 6 tahun mereka di sini.

12591943_1023129154392417_1874213002_o

Sumber: Artz Photography

12499397_1023129101059089_1512988065_o

Sumber: Artz Photography

 

Tahniah diucapkan kepada semua graduan yang telah berjaya menghabiskan pengajian mereka di sini. Diharapkan mereka akan menjadi seseorang yang lebih hebat dalam jurusan perubatan kelak.

 

12596692_1023129151059084_2078000497_o

Sumber: Artz Photography

Disediakan oleh,

Nur Haliayatul Shawani bt Abd Goni,

Unit Liputan,

Biro Penerbitan dan Penerangan.

PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2015/2016.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :