12620335_1021927497845916_1234498826_o

Matrouh, 16 Januari – Biro Sukan & Aktiviti Luar PERUBATAN Cawangan Iskandariah telah mengadakan jaulah ke Siwa dan Matrouh pada 15-16 Januari yang disertai oleh 46 orang mahasiswi daripada Kuliah Pergigian Tahun 1,2,3 dan 4 serta mahasiswi Kuliah Perubatan Tahun 6(atas). Jaulah ini juga ditemani oleh pasangan yang telah berkahwin, ‘tour guide’ yang diupah dan seorang pemandu pelancong.

Sepanjang jaulah berlangsung, para peserta sangat kagum dengan kecantikan padang pasir dan keadaan kehidupan Arab di sana. Hidup mereka sangat sederhana dan kaya budi bahasa. Wanita-wanita tidak keluar pada waktu malam dan semuanya bertutup litup jika ingin keluar.

Para peserta juga berpeluang melawat beberapa oasis dan bermain ‘sandboarding’ di tengah-tengah padang pasir setelah melawat Ain Cleopatra, Tasik Garam, Jabal Dakrour dan banyak lagi. Setelah itu, para peserta di bawa pula ke Pasar Siwa untuk membeli kurma coklat, kurma kacang, minyak zaitun dan lain-lain dengan harga yang murah.

Pada hari seterusnya, peserta dibawa melawat ke Matrouh bagi melihat pantai yang cantik di sana seperti Pantai Agiba dan Hamam Cleopatra.

Timbalan BSAL, saudari Nur Aisyah binti Hasshim juga berkata, “Jaulah pada kali ini memfokuskan adik tahun satu yang baru sampai ke Mesir untuk meraikan mereka di samping memupuk rasa ‘izzah’ dan kasih pada bumi anbiya’ ini kerana hakikatnya terdapat banyak sejarah dan tempat yang cantik lagi menarik di Mesir selain Iskandariah. Kami juga ingin memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan sepanjang jaulah. Semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan lagi untuk manfaat ahli PCI bersama inshaAllah.”

Jaulah ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara mahasiswi malah jaulah ini juga sangat bermanfaat dan memberi banyak informasi kepada peserta tentang sejarah tempat-tempat yang dilawati. Semoga aktiviti seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.

12596699_1021927601179239_163116631_o

Disediakan oleh,

Nur Haliayatul Shawani bt Abd Goni,

Unit Liputan,

Biro Penerbitan & Penerangan 2015/2016.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :