KR

سم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

إن الحمد لله، نحمدُه ونستغفره ونستعينه ونستهديه ونعوذُ بالله من شرورِ أنفسنا ومن سيئاتِ أعمالنا، من يهْدِ اللهُ فلا مضِلَّ له ومن يضلل فلا هادي له.  وأشهد أنْ لا إله إلا اللهُ وحده لا شريك له وأشهد أنَّ محمداً عبدُه ورسولُه، بعثه اللهُ رحمةً للعالمين هادياً ومبشراً ونذيراً.  بلّغ الرسالة وأدّى الامانة ونصحَ الأمّةَ فجزاهُ اللهُ خيرَ ما جزى نبياً من أنبيائه. صلواتُ اللهِ وسلامه
عليه وعلى جميع الأنبياء والمرسلين، وعلى صحابته وآل بيته، وعلى من أحبهم إلى يوم الدين

Penangguhan program atau tawaquf program merujuk kepada bermulanya fasa persediaan bagi peperiksaan akhir tahun/semester mahasiswa dan mahasiswi Universiti Iskandariah. Fasa tawaquf pada kali ini merujuk kepada peperiksaan mahasiswa/wi jurusan Pergigian dan juga mahasiswa/wi pra-klinikal jurusan Perubatan yang akan berlangsung sepanjang bulan Januari.

Jurusan Pergigian – Sehingga 14 Januari 2016
Pra-klinikal jurusan Perubatan – 8 Januari Sehingga 28 Januari 2016

Bagi program umum PERUBATAN Cawangan Iskandariah, pertimbangan pelepasan program oleh Panitia Perancang adalah merujuk kepada kesesuaian tarikh serta kumpulan sasaran. Justeru, beberapa program telah dipertimbangkan sebagai pengecualian untuk dilaksanakan pada bulan Januari bagi memenuhi keperluan ahli PERUBATAN Cawangan Iskandariah.

Antara aktiviti tersebut ialah :

1. Tafaqquh Fiddeen
2. Program Akademik dan Exam Fever Campaign
3. Program berskala kecil organisasi batch yang bukan di dalam fatrah imtihan
4. SC-Smart Circle (bergantung kepada persetujuan mentor dan mentee)
5. Hari Tarbiyah Mentor (HATI) Tahun 4, 5 dan 6

Sebarang aktiviti lain perlu dirujuk kepada Panitia Perancang PERUBATAN Cawangan Iskandariah dan akan diberikan pengecualian untuk dilaksanakan setelah dipertimbangkan dan diluluskan di peringkat Panitia Perancang.

Adalah digalakkan kepada ahli yang di dalam fatrah imtihan untuk menggunakan medium smart circle sebagai medium pengisian rohani dan di samping itu juga boleh dimanfaatkan medium SC sebagai medium untuk mengulangkaji bersama. Sama-sama kita menyusun dan meletakkan prioriti sebaiknya menjelang peperiksaan. Semoga penangguhan program ini meningkatkan lagi fokus serta komitmen semua ahli dalam mengulangkaji pelajaran.

Mudah-mudahan kita semua dikurniakan kejayaan, di dunia dan di akhirat.

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ 

Seeru ‘Ala Barakatillah.

#PCIdihatikami

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

DSC06639

Muhammad Hazmi Al-Wafi bin Abu Bakar,
Naib Pengerusi 1,
PERUBATAN Cawangan Iskandariah,
sesi 2015/2016.

DSC06510

Nur Amalina binti Allaudeen,
Naib Pengerusi 2,
PERUBATAN Cawangan Iskandariah,
Sesi 2015/2016.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :