KR

سم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

إن الحمد لله، نحمدُه ونستغفره ونستعينه ونستهديه ونعوذُ بالله من شرورِ أنفسنا ومن سيئاتِ أعمالنا، من يهْدِ اللهُ فلا مضِلَّ له ومن يضلل فلا هادي له.  وأشهد أنْ لا إله إلا اللهُ وحده لا شريك له وأشهد أنَّ محمداً عبدُه ورسولُه، بعثه اللهُ رحمةً للعالمين هادياً ومبشراً ونذيراً.  بلّغ الرسالة وأدّى الامانة ونصحَ الأمّةَ فجزاهُ اللهُ خيرَ ما جزى نبياً من أنبيائه. صلواتُ اللهِ وسلامه
عليه وعلى جميع الأنبياء والمرسلين، وعلى صحابته وآل بيته، وعلى من أحبهم إلى يوم الدين

Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T, Pilihanraya PERUBATAN Cawangan (JPC) sudah berlabuh tirainya dengan menyaksikan wajah-wajah baru bakal pimpinan PERUBATAN dan PERUBATAN Cawangan Iskandariah bagi sesi 2016/2017. Firman Allah dalam Surah An-Nisa ayat ke-59 :

Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah SWT dan ta`atilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah SWT (Al Qur’an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah SWT dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.”

Maka dengan berakhirnya JPC, bermulalah pula fasa pemilihan pimpinan di peringkat batch bagi mahasiswa/wi jurusan perubatan. Pilihanraya batch akan dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilhanraya yang dilantik bagi setiap batch yang dianggotai oleh :

1. Penasihat Batch
2. Ketua Batch Semasa
3. Student Representatives Semasa

Peraturan, fasa, masa dan tempat pengundian akan ditentukan oleh Suruhanjaya Pilihanraya dengan pantauan Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan Iskandariah. Antara jawatan yang akan dipertandingkan adalah seperti berikut :

Majlis Tertinggi :

1. Ketua Batch dan Timbalan
2. Setiausaha dan Timbalan
3. Bendahari dan Timbalan

Unit-unit :

1. Unit Kebajikan
2. Unit Penerbitan dan Penerangan
3. Unit Perumahan
4. Unit Sukan dan Aktiviti Luar
5. Unit Ekonomi

Semoga segala urusan pemilihan pimpinan batch kali ini diberkati dan dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Besarlah harapan kami semoga pembentukan organisasi batch yang baru ini mampu meningkatkan lagi kepimpinan mahasiswa dan mahasiswi sekaligus mendokong visi PERUBATAN sebagai wadah integrasi dalam membentuk profesional sains kesihatan yang rabbani dan kompeten.

 

Seeru ‘Ala Barakatillah.

 

“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

DSC06639

Muhammad Hazmi Al-Wafi bin Abu Bakar,
Naib Pengerusi 1,
PERUBATAN Cawangan Iskandariah,
sesi 2015/2016.

DSC06510

Nur Amalina binti Allaudeen,
Naib Pengerusi 2,
PERUBATAN Cawangan Iskandariah,
Sesi 2015/2016.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :