10004075_10153359665103741_2626362641449002794_nIskandariah, Disember 22- Jawatankuasa Pilihan Raya Cawangan (JPC) Iskandariah telah mengumumkan keputusan pilihan raya yang telah berlangsung pada hari Sabtu, 19 Disember yang lalu dengan bilangan ahli yang turun mengundi sebanyak 56.4%. Keputusan pilihan raya ini telah diumumkan oleh pengarah JPC Iskandariah, Abby Rahman bin Irsal Usnur di Teratak Iskandar.

Majlis Tertinggi PERUBATAN sesi 2016/2017 akan diwakili oleh saudara Muhammad Nazimal Fikry bin Mah Ali dan dibantu oleh saudari Nadia Nabila binti Afandi yang masing-masing menang tanpa bertanding. Jawatan Pengerusi pula dimenangi oleh saudara Khairul Anuar bin Bahrim manakala jawatan Timbalan Pengerusi pula disandang oleh saudari Nurfaezah binti Amat Ariff.

Berikut adalah senarai Ahli JawatanKuasa Tertinggi PERUBATAN Cawangan Iskandariah sesi 2016/2017 (akhawat):

1. Ain Fatini binti Ibrahim 2. Ainin Zahidah binti Kamal Zuhairi 3. Nur Fahimah binti C Baharudin 4. Nur Syahidah binti Zulkefflie 5. Farah Yasmin binti Zaini 6. Wan Nur Nazifa binti Wan Ab Halim 7. Mirza Aqilah binti Ahmad Murat 8. Nurul Syahiirah binti Mohammad Aszmi

Pada hari mengundi, rata-rata mahasiswa/wi keluar mengundi setelah tamat sesi pembelajaran di kuliah masing-masing. “JPC kali ini sangat memuaskan, tempat mengundi sangat kondusif dan sesuai dengan masa pengundi terutama kepada mahasiswa/wi yang menghadiri kelas pada hari ini,” kata seorang mahasiswi yang hadir di tempat mengundi di Fakulti Pergigian.

Kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan takziah kepada semua calon yang telah dipilih oleh ahli untuk mengemudi PERUBATAN Cawangan Iskandariah pada sesi 2016/2017. Diharapkan kalian mampu menerajui PCI dengan penuh tanggungjawab dan amanah.

Disediakan oleh,

Nur Arina binti Mohd Ishak Unit Liputan,

Biro Penerangan & Penerbitan 2015/2016.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :