12366987_999669273405072_1560897613_n

Iskandariah, Disember 10 – sempena musim pilihan raya yang sedang membahang, Jawatankuasa Pilihan Raya Cawangan (JPC) PERUBATAN Cawangan Iskandariah (PCI) telah membawakan sesi pengenalan calon-calon yang bertanding untuk sesi akan datang yang diadakan di kelas tafaquh malam tadi.

Calon yang bertanding pada sesi kali ini terdiri daripada wajah baru yang buat kali pertama bertanding untuk jawatan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN terutama calon mahasiswa yang rata-ratanya terdiri dari mahasiswa Tahun 5. Manakala bagi calon mahasiswi pula 10 orang calon telah bertanding bagi 8 buah kerusi Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN yang dipertandingkan. JPC kali ini turut menampilkan 4 calon dari kursus pergigian dan seorang mahasiswi tahun 2. Bagi jawatan Majlis Tertinggi PERUBATAN pula, masing-masing telah dimenangi tanpa bertanding oleh saudara Muhammad Nazimal Fikry bin Mah Ali dan Nadia Nabila binti Affandi.

Diharapkan semua ahli turun mengundi pada 19 Disember ini untuk memilih calon yang berkelayakan dan bakal memegang pupuk kepimpinan kita pada masa hadapan. Selamat mengundi!

12351274_999669280071738_1847844500_n

 

Dilaporkan oleh :

Nur Haliayatul Shawani bt Abd Goni,

Unit Liputan,

Biro Penerangan & Penerbitan 2015/2016.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :