12343211_757172087743375_168152776_o copy

Iskandariah, Disember 5 – PERUBATAN Cawangan Iskandariah telah menganjurkan seminar perubatan kali 7 bertemakan ; Emergency, reveling the rigour yang berlangsung selama 2 hari di Pusat Konvensyen, Fakulti Perubatan, Universiti Iskandariah. Seminar kali ini sedikit berlainan apabila dihadiri oleh peserta yang bukan sahaja dari mahasiswa/wi sains kesihatan, tetapi turut dihadiri oleh mahasiswa pengajian Islam dan orang awam.

Seminar kali ini dimeriahkan lagi dengan jemputan barisan panel khas yang diterbangkan dari Malaysia, iaitu Prof Dr Rashidi bin Ahmad yang merupakan ketua unit kecemasan dan trauma di Universiti Malaya, dan Ustaz Dr Akli bin Ahmad yang kini menjadi pensyarah kanan di Kolej Universiti Insaniah, Kedah. Gabungan dua panel hebat ini memberi peluang kepada peserta untuk mencapai keseimbangan pandangan dari aspek sains kesihatan dan sudut pandang syariah Islamiyah yang sangat penting dalam membentuk keperibadian muslim profesional. Seminar ini juga membuka minda dan jalan bagi peserta untuk meneruskan pilihan kepakaran dalam bidang kecemasan.

Diharapkan perkongsian seminar ini memberi manfaat dan dapat menarik minat peserta untuk mendalami bidang kecemasan di samping memahami konsep syariah dalam keperluan kecemasan.

12311089_10153331527753741_6398345407454599877_n

“Alhamdulillah, SPI kali ini membuka mata peserta mengenai bidang trauma & kecemasan dalam membawa sistem kesihatan di Malaysia lebih berkualiti & terkehadapan seiring dengan negara-negara maju yang lain. Bidang Trauma & Kecemasan merupakan bidang yang mempunyai cabarannya yang tersendiri, menjadikan para EP lebih yakin dalam menguruskan kes-kes yang mencabar dalam tempoh masa yang singkat untuk menyelamatkan nyawa pesakit. Terima kasih PCI atas penganjuran seminar ini.” Tohirah binti Mohamad Nordin, Tahun 5 Kuliah Perubatan Ain Shams.

“Alhamdulillah sepanjang seminar saya dapat banyak pendedahan sistem jabatan kecemasan yang lebih kurang sama situasinya di sini, tetapi di Malaysia lebih teratur sistemnya. Doktor juga pesan, jika dapat situasikecemasan, dan kita dapat menguruskan dengan baik situasi itu, kita akan dapat membina keyakinanan diri dan pada seminar kali ini juga, saya dapat sedikit gambaran tentang pengurusan bencana alam di malaysia.” Nur Amirah Mohd Jalil, Mahasiswi tahun akhir Kuliah Perubatan Universiti Iskandariah.

Dilaporkan oleh ,

Nur Haliayatul Shawani bt Abd Goni,

Unit Liputan,

Biro Penerbitan & Penerangan 2015/2016.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :