Kaherah, Disember 11 – Alexandria Dental Team (ALDT) telah dijemput ke sebuah program anjuran PERUBATAN Cawangan Ain Sham (PCS) iaitu “Med Team Open Day” yang diadakan di Teratak Ulul Albab, Abbasiyah, Kaherah. ALDT telah diberi peluang untuk membuat pemeriksaan gigi kepada orang ramai yang hadir ke program tersebut.

 

Sambutan di sana sangat memberangsangkan apabila ramai yang hadir untuk membuat pemeriksaan gigi disamping menerima rundingan, nasihat dan cadangan yang diberikan oleh ahli ALDT kepada mereka yang melakukan pemeriksaan gigi sama ada dari segi rawatan, pencegahan mahupun langkah yang seharusnya diambil bagi menangani masalah kesihatan gigi yang dialami.

 

Di samping itu juga, pameran turut diadakan bagi memberi pengetahuan di samping menerangkan konsep yang tepat dalam langkah langkah penjagaan gigi. Pameran yang diadakan oleh pihak ALDT itu juga sedikit sebanyak mampu untuk meningkatkan ilmu pergigian dalam kalangan pelajar yang rata ratanya bukan mengambil bidang pergigian.

 

Ribuan terima kasih diucapkan kepada PERUBATAN Cawangan Ain Sham yang memberikan satu ruang dan peluang yang baru kepada ahli ALDT dalam usaha untuk berbakti dan berkhidmat semampunya demi masyarakat seterusnya menyahut seruan visi PERUBATAN dalam melahirkan pengamal perubatan yang rabbani dan kompeten. Setinggi tinggi tahniah juga diucapkan kepada PCS kerana telah melaksanakan program ini dengan jayanya.

 

Diharapkan usaha murni ini dibalas dengan pahala berlipat ganda dan semoga program khidmat masyarakat ini dapat senantiasa dianjurkan demi kepentingan semua lapisan masyarakat.

PicsArt_12-13-01.58.14

 

PicsArt_12-13-01.58.46

Disediakan oleh,

Nur Haliayatul Shawani bt Abd Goni,

Unit Liputan,

Biro Penerangan dan Penerbitan 2015/2016.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :